Ini Lokasi Berbuka Puasa Untuk Anda Kunjungi Sepanjang Ramadan Ini - Glam Malaysia

Ini Lokasi Berbuka Puasa Untuk Anda Kunjungi Sepanjang Ramadan Ini

Tinggal lagi dua minggu untuk kita menikmati bulan mulia ini. Kadangkala diri terlalu sibuk untuk menguruskan makan berbuka. Jangan risau, mari GLAM senaraikan lokasi berbuka puasa untuk anda kunjungi sepanjang Ramadan ini.

Lokasi berbuka puasa semestinya menjadi agenda utama Ramadan ini. Lokasi berbuka puasa pastinya penuh dan padat lagi-lagi apabil tempat itu tular di media sosial. Membuat tempahan awal di lokasi berbuka semestinya dibuat awal agar memudahkan urusan berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa juga perlu dirancang agar anda mudah ke sana. Menu dan juadah berbuka puasa di luar juga penting agar menu yang disajikan bersesuaian dengan anda. Membuat pencarian dan kaji selidik sebelum pergi ke lokasi berbuka puasa juga penting agar lokasi dan menu yang dimahukan berpatutan dan sesuai dengan bajet anda.

5 Lokasi yang Anda Wajib Kunjungi Ramadan Ini!

Pasti seronok apabila anda berbuka di luar! Bebuka di luar sekali-sekala dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang ramadan ini ukhwah dan persahabatan juga penting agar ikatan itu kekal erat dan mesra. Dinasihatkan agar berbuka secara serdehana agar tiada makanan yang dibazirkan. Tingkah laku, adab serta cara berpakaian perlulah sopan agar imej anda terjaga ketika menghadiri majlis berbuka puasa . Disarankan juga agar keluar awal ke lokasi berbuka puasa ini agar tidak lewat.

See also
Datin X: Datin Komplot Pisahkan Anak Dengan Ibu

#1 Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre 

Lokasi Berbuka Puasa

Bagi musim ini, elemen kenangan dititikberatkan dalam hidangan buffet Nostalgia Desa. Bufet ini adalah buffet yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia semasa musim perayaan ini. The Mesh membawakan pengalaman menjamu selera dengan elemen nostalgia yang dihiasi dengan karya yang dinspirasikan oleh tukang masak tempatan restoran itu. Pelbagai hidangan tradisional lebih dari 60 hidangan lazat dihidangan dengan tema “masakan desa”. Bagi menyempurnakan lagi konsep ini, The Mesh mehidangkan lagi juadah yang istimewa dengan hidangan utama sup gear box raja, bubur lambuk, nasi apollo, kambing golek, mee tonggek dan banyak lagi. Secara ringkasnya, makanan yang disaji disediakan dengan penuh teliti dan ikhlas yang diinspirasi dari kenangan agar elemen nostalgia itu menjadi impak yang besar bagi mereka yang menjamu selera.

#2 Lokasi Berbuka Puasa Untuk Anda Kunjungi Sepanjang Ramadan Ini: Feast at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Lokasi Berbuka Puasa

Dengan bertema Astaka Selera Impian, para tetamu dapat pengalaman menjelajahi pelbagai rasa yang unik, herba yang harum dan rempah-rempah yang berwarna-warni yang menentukan masakan Malaysia. Antara hidangan utama yang disajikan adalah seperti udang galah lemak asam nenas, siput sedut lemak kuning, puyuh goreng berempah bonda dan banyak lagi.

Pilihan buffet yang disajikan di Feast at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu Mosaic dan Ballroom Diamond. Sebuah pavilion yang terinspirasi daripada Timur Tengah. Ballroom Diamond dilengkapi hidangan buffet Ramadan yang mewah dan menyediakan tempat menjamu selera bagi tetamu untuk berkumpul bersama bagi meraikan semangat bulan suci ini dengan gayanya. Perhiasan deko lampu dalam yang kelihatan dari langit-langit, memancarkan sinar warm golden ke seluruh ruang bagi mencipta suasana yang memikat. Persekitaran ruangan tersebut diperkukuhkan lagi dengan muzik lembut yang dimainkan oleh sebuah orkestra perkusi tradisional.

See also
Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric

#3 Citarasa Malaya 2024 at The Chow Kit

Lokasi Berbuka Puasa

Chow Kit Kitchen & Bar sedang menukar suasana pada musim perayaan ini dengan tawaran Citarasa Malaya yang menampilkan hidangan bufet harian seperti ulam-ulam, bergedil, serunding dan banyak lagi. Pelbagai pencuci mulut seperti kuih-muih, pulut hitam dan pengat pisang turut disajikan. Hidangan pinggan warisan tempatan kegemaran anda seperti Laksa Johor, soto ayam, siakap berlada crispy, rendang minang, prawn masak lemak dan ayam percik madu memeriahkan lagi hidangan berbuka puasa anda. Pada hari Jumaat dan Sabtu, tetamu dapat menikmati stesen pemotongan bufet dengan hidangan istimewa daging kambing panggang berkuah kari dan daging lembu panggang. Hidangan Citarasa Malaya ini bermula denganharga RM120++ dari Ahad hingga Khamis dan RM150++ pada hari Jumaat dan Sabtu.

#4 Citarasa Tradisi Dinner Buffet at Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Lokasi Berbuka Puasa

Sepanjang bulan Ramadan, Anantara Desaru Coast sedang mengubah restoran unggulannya, Turmeric, yang terkenal dengan masakan Thai-laysia, menjadi bufet Ramadan yang direka khas oleh Anantara Desaru Coast’s culinary team yang dipimpin oleh Ketua Jurumasak Eksekutif iaitu Chef Eksekutif Gary Ekar. Pasukan kulinari kami akan mempersembahkan resepi berkonsepkan keluarga dari pelbagai negeri di Malaysia dan juga hidangan istimewa dari sekitar Asia Tenggara.

See also
Identiti Ultra Mewah Stonor 3

#5 Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Lokasi Berbuka Puasa

Nikmati gabungan keyakinan, perayaan dan citarasa apabila Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menjemput tetamu ke Malam Cahaya Rembulan dengan bertemakan A Cultural Feast Through Traditions. Dari 11 Mac hingga 9 April 2024 nikmatilah perjalanan yang luar biasa melalui pelbagai rasa dan adat yang dihormati. Tastes Meet Traditions at Four Seasons Hotel Kuala Lumpur memperkanalkan bufet yang dipilih dengan teliti yang menawarkan pelbagai masakan dan hidangan yang melazatkan, menjemput semua orang untuk berkumpul bersama semasa bulan yang suci ini untuk berbuka puasa. Anda pasti akan gembira dengan hidangan istimewa seperti ikan kerapu goreng dengan asam pedas, bunga halia yang dibakar, udang karang berempah Fra Diavolo dengan Fusilli serta ikan dan daging bakar jawa dalam daun pisang dengan limau kalamansi dan sambal.