Related Stories
Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023
Met Gala 2023 bakal berlangsung pada 1 Mei 2023 di New York. Tahun ini temanya 'In Honor of Karl", siapakah yang bakal hadir melewati karpet merah acara berprestij ini?
Pameran Institut Kostum menampilkan tema "Karl Lagerfeld: A line of Beauty" untuk tahun ini bertujuan meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld. Seperti yang diketahui, mendiang yang meninggal dunia pada tahun 2019 di saat usianya mencecah 85 tahun ini banyak menabur bakti memperkasakan lagi jenama-jenama hebat seperti Balmain, Chloé, Patou, Fendi dan Chanel. Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah dibuat Lagerfeld.
Untuk tahun 2023 ini, Met Gala akan dihoskan oleh Penélope Cruz, Michaela Coel, Roger Federer, Dua Lipa juga Anna Wintour. Turut menyaksikan ratusan teman rapat mendiang yang bakal hadir sebagai tetamu penting dan bakal mempersembahkan busana yang terinspirasi daripada tema "In Honor of Karl" ini.
Apakah Itu Met Gala?
Kim Kardashian dan kontroversi Met Gala 2023
Sudah tentu jemputan akan diberikan kepada bintang hebat seperti Jennifer Lopez, Ben Affleck, Zendaya, Rihanna, Blake Lively, Ryan Reynolds, Bella Hadid, Gigi Hadid, Billie Eilish, Selena Gomez dan ramai lagi. Namun di awal tahun ini, sebuah sumber daripada Page Six menyatakan bahawa para hos tahun ini cuba untuk membuang nama-nama jemputan VIP yang tidak diinginkan termasuklah keluarga Kardashian juga Jenner. Namun segala andaian dicantas Kim Kardashian apabila dia sendiri memberitahu bahawa bukan sahaja dia dijemput malah dia turut menyatakan dia sudah pasti akan menghadiri majlis tahun ini. Namun, yang masih menjadi persoalan adalah bagaimana dengan ahli keluarganya yang lain? Adakah mereka ini dijemput ataupun tidak. Sama-sama kita saksikan nanti.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
