GLAM Profil: Jane Chuck - Glam Malaysia
GLAM Profil, April 2022, Jane Chuck & Tyra Kamaruzzaman 01

GLAM Profil: Jane Chuck

Realiti, tidak semuanya indah. Blood, sweat & tears yang dicurah menjadi kunci kejayaan sebenar.

RATU CANTIK.

Jane Chuck mewakili anak muda hari ini, berani menempuh liku-liku cabaran dalam membina empayar bisnes kecantikan mereka sendiri.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis AMIRA AZMAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar ROBIN/ONE3FOUR STUDIO solekan SHIYO JOO dandanan JUNO KO

Sementara menanti ketibaan Jane Chuck, saya sempat mengimbas kembali pertemuan pertama saya dengan wanita ini. Tahun 2016, masih segar diingatan. Waktu itu nama Jane Chuck sering menjadi bualan ramai dalam industri fesyen tanah air. Jane memulakan kerjaya sebagai penulis blog, kemudian beralih ke dunia celebrity influencer. Manakala, Tyra pula kali terakhir saya bertemunya adalah pada tahun 2017 merupakan Insta famous yang kecil molek serta sopan-santun orangnya. Siapa sangka, hari ini mereka berdua telah memiliki empayar kukuh mereka sendiri. Jika difikirkan kembali, kagum sekali saya menyaksikan perjalanan hidup mereka ini. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi sebagai usahawan muda berjaya masa kini.

GLAM Profil, April 2022, Jane Chuck & Tyra Kamaruzzaman 03

Jane Chuck dalam sepersalinan Gucci; menggayakan tweed crêpe dress dipadankan dengan anting-anting kristal, leggings, kasut pump dan beg bahu Jackie 1961.

JANE CHUCK

See also
Hortus Deliciarum : Debut Perhiasan High Jewelery Gucci

I love face mask so much. Setiap kali mengunjungi Korea, saya tidak akan ketinggalan untuk memborong puluhan pupur muka di sana. Daripada situ terdetiknya hati saya untuk membuka perniagaan produk penjagaan wajah sendiri,” terang Jane saat saya bertanya bagaimana boleh terfikir untuk membina jenama Chuck’s. Walaupun bukan cita-cita dia untuk menjadi usahawan kecantikan, namun, dia akur rezeki sudah tertulis untuknya di situ. Namun, pendekatan yang di ambil wanita ini untuk Chuck’s sangat berbeza berbanding jenama-jenama lain. Dia mengetengahkan kreativiti sebagai taruhan dalam menyampaikan mesej jenamanya.

Menurut Jane, kerjayanya sebagai penulis blog sebelum ini memerlukan dia untuk membuat reviu terhadap produk yang diterima daripada jenama-jenama kecantikan. Namun, ideanya untuk menghasilkan sesebuah reviu yang kreatif itu kadang-kala tersekat disebabkan SOP jenama tersebut. “Satu perkara tentang Chuck’s, saya bukan sekadar ingin menjual produk semata-mata, saya ingin menjual ‘gaya hidup’. Dan jika kamu mengenali saya, saya orangnya sangat menghargai seni kreatif. Jadi, dalam pada masa yang sama, saya juga mahu Chuck’s dikenali sebagai outlet untuk mereka yang kreatif ini meluahkan mesej mereka menerusi produk-produk kami.”

SATU PERKARA TENTANG CHUCK’S, SAYA BUKAN SEKADAR INGIN MENJUAL PRODUK KECANTIKAN SEMATA-MATA. SAYA INGIN MENJUAL ‘GAYA HIDUP’  — JANE CHUCK

Bukan mudah untuk mengemudi perniagaan, lebih-lebih lagi buat yang tiada pengalaman. “Secara jujur, I have zero knowledge on beauty business. Sudah tentu saya tidak boleh membina jenama ini seorang diri. Jadi, selain tim di Malaysia, saya juga bekerjasama dengan seorang kenalan di Korea. Dia banyak membantu saya dalam hal ini, produk kami juga dihasilkan di sana.”

GLAM Profil, April 2022, Jane Chuck & Tyra Kamaruzzaman 02

Jane menyarungkan sut sutera nada merah jambu pastel digayakan bersama kasut bergaya slingback pump dan anting-anting kristal. Kesemuanya ilham Gucci. Manakala Tyra tampil dalam dress labuh berkolar v material kapas dan tali pinggang kulit garapan Longchamp.

Bercakap tentang itu, saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang Chuck’s Korea (bukan sekadar memiliki pasaran di Malaysia, malah Chuck’s turut punyai kedudukan jenamanya sendiri di Korea). Produk Jane turut dijual di aplikasi atas talian nombor satu Korea, Naver. Why Korea?

Baca lanjut dalam GLAM April 2022

See also
Kempen Terbaru Rimowa Menceritakan Tentang Kisah Kehidupan Masa Kini

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: May Tan