Foto Pertama Joaquin Phoenix Dalam Joker: Folie à Deux - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Foto Pertama Joaquin Phoenix Dalam Joker: Folie à Deux

Foto Pertama Joaquin Phoenix Dalam Joker: Folie à Deux

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Awal Jun lalu Todd memuat naik foto muka depan skrip yang tertera tajuk Joker: Folie à Deux, merujuk kepada sindrom psikiatri iaitu keadaan di mana dua orang yang mempunyai kaitan berkongsi penyakit mental atau delusi yang sama.

Dia turut berkongsi foto Joaquin sedang membaca skrip, sekali gus mengundang keterujaan di kalangan peminat yang tidak sabar menantikan sekuel filem yang berjaya menggondol beberapa anugerah itu.

Dua bulan kemudian, pengarah dan penulis bersama itu mengesahkan penglibatan Gaga dengan memuat naik sebuah klip pendek yang tertera namanya berserta kapsyen ringkas, “Cheek to cheek. 10.04.24.”

Selain Joaquin dan Gaga, filem muzikal itu akan turut dibintangi oleh Zazie Beetz, Catherine Keener, Brendan Gleeson, Jacob Lofland dan Harry Lawtey. Ia akan menemui penonton di layar perak pada 4 Oktober 2024.

Joker

Foto: Warner Bros.

 

Baca: Bayaran Lady Gaga & Joaquin Phoenix Untuk Joker: Folie à Deux Didedahkan