Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja
Kehidupan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra semakin berseri dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
Tanggal 17 Julai lalu, putera sulung Tengku Mahkota Kelantan selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Khabar gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram baginda.

Foto: Instagram
“Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat serta inayahnya. Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan telah selamat melahirkan anakanda pertama pada 17 Julai 2023M (Isnin) pagi, bersamaan 28 Zulhijjah 1444H. YTM Che Puan Mahkota Kelantan serta Paduka Anakanda berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.”
Tambah kenyataan itu, “YTM Tuanku mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja HUSM yang terlibat dan seluruh rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku berdua.”
Pewaris Tengku Mahkota Kelantan Diperlihatkan Buat Kali Pertama
Genap hari ketujuh kelahiran, pasangan Diraja itu mendedahkan nama dan foto pertama anakanda mereka kepada peminat.
“Dengan limpah perkenan YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan menamakan Putera pertama YTM Tuanku seperti berikut: Tengku Muhammad Johan Petra Bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Semoga Allah SWT memberi Keafiatan, Taufik dan Hidayah serta dipermudahkan segala urusan YTM Tengku Mahkota Kelantan, YTM Che Puan Mahkota Kelantan serta Anakanda.”
Sorotan Lain5 Selebriti Yang Bergelar Bapa Pada Usia Terlalu Muda
Fleksibiliti Dan Versatiliti, Taruhan Samsung Galaxy Z Fold5
Beyonce Bakal Muncul Dengan Renaissance Act II
Senarai Pencalonan Anugerah Grammy 2024
Nabil Mahir & Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi
GLAM Junior: Imane Lunara Cahaya Mata Sulung Intan Najuwa![]()

Foto: Utusan
Che Puan Mahkota Kelantan turut berkongsi foto sama di Instagram miliknya berserta kapsyen ringkas, “Welcome to the world baby Johan”. Che Puan Sofie berkongsi berita kehamilan bersama peminat Diraja pada Mac lalu dengan menulis, “Mac 2023 – Dengan rasa sukacita saya dan suami ingin mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama. Kelahiran dijangka pada bulan Julai 2023.” Pasangan Diraja itu disatukan sebagai suami isteri dalam satu istiadat tertutup pada 19 April 2019.
Foto: Instagram
Baca: Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
