fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tahniah! Siti Saleha kini bergelar isteri Joshua Fitton.
Rahsia Turun Berat: Berjalan Dengan Cara Yang Betul
TIME Iktiraf Desaru Coast Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur
Ombak Festival 2025 Ada Joss Stone, Diskoria Dan Ramai Lagi

Fasa Baharu Hubungan Jennifer Lopez & Ben Affleck

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan itu dilaporkan sengaja memilih kediaman luas dan selesa kerana merancang untuk membawa anak-anak mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung.

JLo memiliki sepasang anak kembar, Maximilian David Muniz dan Emme Maribel Muniz yang kini berusia 14 tahun hasil perkahwinannya dengan Marc Anthony. Ben pula mempunyai tiga cahaya mata bersama Jennifer Garner iaitu Violet, 16, Seraphina, 13 dan Samuel, 10.

Selepas kembali menjalin cinta April tahun lalu, pasangan yang diberi jolokan Bennifer itu dilihat bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan mereka.

Menerusi beberapa temu bual berasingan, kedua-duanya pernah meluahkan betapa terujanya mereka kerana mendapat peluang kedua untuk menjalin semula ikatan yang terputus selama dua dekad.

Mereka juga telah beberapa kali membuat penampilan bersama di acara karpet merah dan mencuri perhatian lensa kamera dengan aksi romantis serta kucupan mesra.

 

Foto: AP

 

Baca: Tinjau Kediaman Mewah JLo & Ben Affleck Bernilai RM75 Juta

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse