DOME Memperkenalkan K-POP Crispy Chicken Dalam Dua Citarasa Baharu - Glam Malaysia

DOME Memperkenalkan K-POP Crispy Chicken Dalam Dua Citarasa Baharu

Buat penggemar citarasa Korea, DÔME Cafés memperkenalkan K-POP Crispy Chicken dalam dua perisa baharu iaitu Gangjeong Style dan Hot ‘n’ Spicy yang menyelerakan.

Mahukan suntikan citarasa baharu kala anda bekerja dari rumah? Ataupun ada mengimpikan kerangupan ayam goreng Korea yang menyelerakan? Kini, anda boleh memesan ayam goreng Korea kegemaran terus dari rumah di DÔME Cafés yang memperkenalkan K-POP Crispy Chicken dalam dua perisa baharu iaitu Gangjeong Style dan Hot ‘n’ Spicy.

Sempurna buat dimakan sendiri mahupun bersama seisi keluarga, K-POP Crispy Chicken menampilkan seleksi kepak ayam dan drumette yang disaluti dengan sos Korea likat signature dan taburan bijan yang cukup menyelerakan. Anda boleh membuat pilihan dengan set 5 ketul yang berharga RM16, 10 ketul pula berharga RM32 serta 15 ketul pada harga RM48.

K-POP Crispy Chicken hadir dalam dua citarasa yang berlainan. Buat yang mahu perisa asli, anda boleh mencuba Gangjeong Style yang menampilkan sos manis. Jika mahukan citarasa yang lebih pedas, anda boleh cuba pilihan Hot ’n’ Spicy yang pasti memberikan ‘kick’ dalam setiap ketulan kepak ayam dan drumette nanti.

Untuk setiap set, DÔME Cafés akan menyertakan setiap pesanan dengan jeruk lobak merah, timun dan lobak putih sebagai pelengkap yang menyegarkan. Menu baharu ini boleh dinikmati sebagai snek pada minum petang, ataupun selaku hidangan lengkap bersama keluarga pada makan tengah hari atau makan malam. Jangan lupa untuk memesan nasi yang sempurna dinikmati bersama, dengan hanya berharga RM2.50 setiap pek.

Menu bestseller K-POP Crispy Chicken baharu ini boleh didapati di semua DÔME Cafés di Malaysia. Anda boleh membuat pesanan terus di restoran, atau secara atas talian melalui delivery.domecafe.com.my, Beepit, Grab Food dan FoodPanda.

See also
Jauh Dari Konsep Glamor, Kediaman 100 Tahun Menjadi Pilihan Supermodel Behati Prinsloo

Foto: DOME Malaysia

Baca lebih lanjut: “Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu