Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu - Glam Malaysia
Volvo C40 Recharge Pure Electric

Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

Dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku jenama kereta elektrik mewah terunggul, Volvo Car Malaysia melancarkan SUV elektrik-sahaja yang pertama, Volvo C40 Recharge Pure Electric yang terbaharu.

Volvo Car Malaysia meneruskan peluncuran elektrifikasi ke jalanan tempatan dengan melancarkan Volvo C40 Recharge Pure Elektrik yang terbaharu. Dengan pelancaran SUV elektrik-sahaja pertama ini, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan selaku jenama kereta mewah elektrik terunggul di Malaysia.

 

Volvo C40 Recharge Pure Elektrik

 

Pelancaran terbaharu ini muncul selepas kejayaan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama, Volvo XC40 Recharge Pure Electric. Sebagai kenderaaan Recharge Pure Electric kedua, Volvo C40 Recharge Pure Electric yang terbaharu juga merupakan kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia.

 

Elektrifikasi Moden Volvo C40 Recharge Pure Electric

Volvo C40 Recharge Pure Electric direka dengan desain yang bergaya, elektrifikasi moden serta menampilkan teknologi yang tercanggih. Ia dilengkapi dengan kuasa elektrik sepenuhnya yang menghasilkan output sebanyak 408 kuasa kuda (hp) dan tork 660Nm. Ini membolehkan ia memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 4.7 saat sahaja.

See also
10 Filem Ikonik Lakonan Ryan Gosling

 

Volvo C40 Recharge Pure Elektrik

 

Pengguna tidak perlu risau ketika pengembaraan jarak jauh mahupun dalam kesibukan ibu kota. SUV elektrik-sahaja pertama ini dihasilkan dengan kuasa elektrifikasi yang mampu bergerak sejauh 450km dengan sekali cas sahaja. Tidak ketinggalan, ia turut menampilkan keupayaan mengecas sehingga 80% dalam masa 28 minit**.

 

Volvo C40 Recharge Pure Elektrik

 

Tersedia dalam lima warna menarik iaitu Crystal White, Black Stone, Silver Dawn, Sage Green dan warna terbaru Fjord Blue, SUV terbaharu ini ditawarkan pada harga atas jalan RM288,888. Ia juga boleh didapati sebagai sebahagian daripada pakej yang merangkumi:

  • waranti kenderaan selama 5 tahun
  • waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,00km (mana yang terdahulu)
  • bantuan tepi jalan selama 5 tahun
  • bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun atau 100,000km (mana yang terdahulu)
  • bantuan khidmat digital selama 4 tahun
  • kabel pengecas kereta

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump

 

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, mereka komited terhadap visi kelestarian global yang mampan dan dalam rangka untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030. Mereka juga mahu menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040. Syarikat itu juga merancang untuk 75% daripada hasil penjualan hadir daripada rangkaian Recharge Pure Electric menjelang 2025.

See also
Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

 

Penjualan Atas Talian

Volvo C40 Recharge Pure Elektrik

 

Volvo Car Malaysia turut mencatat sejarah dengan pelancaran platform ‘Online Sales’ yang merupakan inisiatif pertama untuk penjualan secara terus kepada para pelanggan di Malaysia. Volvo C40 Recharge Pure Electric akan tersedia melalui platform e-dagang tersebut yang akan membolehkan tempahan dan bayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi www.volvocars.com/my.

 

**Masa pengecasan bergantung kepada faktor seperti suhu luar, suhu bateri semasa, peralatan pengecasan, keadaan bateri dan keadaan kereta.

 

Foto: Volvo Car Malaysia

Baca lebih lanjut: Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula