Selebriti Lokal di Konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur
Masih belum hilang demam konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur? Kami juga! Jom saksikan antara selebriti lokal yang hadir bergaya malam itu!
Meriah konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Dibanjiri 60,000 peminat, sememangnya penangan Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini bukan calang-calang. Dan lebih menarik apabila melihat lautan cahaya merah jambu memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil. Terasa bangga melihat sokongan peminat kumpulan ini yang digelar BLINK.
Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan organisasi yang bertanggungjawab menjayakan konsert BLACKPINK Born Pink World Tour ini. Paparan skrin yang besar juga sistem bunyi yang hebat. Keempat-empat ahli BLACKPINK turut memberikan persembahan bertenaga walaupun Jennie mengalami kecedaraan di bawah matanya.
Bukan itu sahaja, terlihat barisan selebriti dan pempengaruh digital lokal yang turut hadir memberi sokongan kepada kumpulan BLACKPINK yang diminati ramai ini. Antaranya, Mimi Lana, Mira Filzah, Azira Shafinaz, Puteri Aishah dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, kelihatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut hadir menyaksikan konsert ini.
Antara Yang Hadir di Konsert BLACKPINK Born Pink World Tour Kuala Lumpur
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026

