Apakah Makna Baharu Kepada ‘Keselamatan’ Dalam Dunia Automotif?
volvo cars

Apakah Makna Baharu Kepada ‘Keselamatan’ Dalam Dunia Automotif?

Faktor keselamatan automotif tidak hanya terhad kepada luaran, Volvo Cars kini mahu fokus kepada pemandu kerana apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas.

Apabila berbicara tentang keselamatan dalam dunia automotif, ramai pasti akan hanya fokus kepada keselamatan luaran sahaja. Tetapi, apakah makna baharu kepada keselamatan dalam dunia automotif pada hari ini? Terdapat beberapa persoalan mengenai keselamatan yang perlu dijawab terlebih dahulu. Antaranya, apakah memori pertama anda tentang keselamatan? Adakah saat anda merasakan genggaman tangan ibu bapa ketika melintas jalan raya? Atau memori menaiki basikal buat pertama kali? Kesemua ini menunjukkan bahawa seseorang itu mesti berasa ‘selamat’ terlebih dahulu sebelum aspek fizikal memainkan peranan.

Bagai aur dengan tebing, Volvo Cars tidak boleh dipisahkan dengan ciri keselamatan yang terbaik. Pemandu akan sentiasa berasa selamat dalam apa jua pemanduan di lebuhraya, off-road mahupun hanya bersiar di sekitar kota. Tetapi hari ini, Volvo Cars mahu pemandu berasa benar-benar selamat untuk kebebasan pemandu yang tidak hanya terhad kepada luaran sahaja.

volvo c40

Selaku peneraju dalam keselamatan automotif yang mementingkan faktor keselamatan selama 95 tahun, konsep “apabila and berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas” sangat dipercayai oleh Volvo Cars. Visi untuk mencapai kadar kecederaan dan kematian sifar pula diangkat seiring dengan pecutan ke arah keselamatan baharu. Lantas, Volvo Cars memperkenalkan “For Life”, sebuah kempen jangka panjang yang memberikan makna baharu kepada ‘keselamatan’ iaitu mengutamakan keselamatan dalam fikiran.

See also
Dimensi Ketangkasan BMW 330Li M Sport Baharu

 

Apakah makna baharu kepada keselamatan automotif?

Pemikiran adalah makna baharu kepada keselamatan dunia automotif. Ia boleh memberikan pemandu ketenangan minda, dan mempertimbangkan semula pendekatan kita ke arah keselamatan selama ini. Kebiasaannya pemandu bergantung kepada sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan ketika memandu. Tetapi kita selalu terlepas pandang kepada aspek psikologi minda yang dapat menyumbang kepada keletihan, gangguan serta kesukaran untuk fokus ketika memandu yang sering menjadi faktor kemalangan jalan raya.

volvo cars

Volvo Cars melalui kempen “For Life” bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa hidup kita tidak terhenti semasa memandu. Mereka juga percaya bahawa fikiran, perasaan serta emosi kita merupakan antara faktor yang akan menentukan keadaan psikologi minda ketika memandu. Tidak kira betapa selamatnya kenderaan kita, dan ia hanya akan seselamat minda yang memandunya. Dan hal ini merupakan ‘blind spot’ yang ditemui oleh Volvo Cars.

 

Apabila berasa selamat, anda akan benar-benar bebas.

Memulakan pemanduan sama seperti langkah pertama dalam pengembaraan kehidupan. Tanpa meninggalkan kehidupan harian, kita membawa bersama pemikiran, perasaan dan juga emosi.  Sama ada pada waktu pagi mahupun malam, gangguan fizikal mahupun psikologi ini sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada keselamatan pemanduan kala menuju ke destinasi.

See also
Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump

Dalam menjayakan kempen “For Life” ini, Volvo Cars telah memperkenalkan beberapa aset komunikasi yang akan membantu kita melihat aspek keselamatan dalam sudut yang berbeza dan lebih mendalam. Dengan ini ia turut sama akan mengenal pasti keadaan fikiran, perasaan dan emosi pemandu ketika sedang memandu di jalan raya.

volvo cars

Volvo Cars juga menampilkan sebuah video berdurasi 60 saat mengenai keselamatan, yang menampilkan koleksi kisah realiti yang boleh ditonton di bawah Ia berkongsikan detik-detik harian yang akan menggamit kenangan seperti genggaman tangan ibu bapa, sokongan orang yang tersayang dan juga langkah-langkah keselamatan untuk menikmati kehidupan sepenuhnya.

Melalui video ini, pemandu juga diingatkan untuk menjadi lebih peka akan ketenangan minda sendiri. Ia juga mengukuhkan lagi makna keselamatan baharu bahawa apabila anda berasa selamat, anda akan benar-benar bebas. Kempen “For Life” ini juga menampilkan beberapa soalan berkaitan keselamatan yang akan merangsang fikiran untuk memahami bagaimana kehidupan memberi kesan terhadap pemanduan. Serta menggalakkan pemandu untuk melihat ke dalam dan melihat makna keselamatan dengan cara berbeza. Anda boleh menyertai tinjauan Volvo Car Malaysia di sini.

See also
Hampir Buta, Ben Amir Berkongsi Tahap Kesihatan Terkini

 

Peneraju Keselamatan Automotif

Kempen ini telah membuka lembaran baharu kepada Volvo Cars dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju keselamatan automotif yang terunggul. Ini adalah langkah permulaan dalam era keselamatan baharu yang tidak hanya terhad kepada aspek kenderaan sahaja. Volvo Cars akan terus fokus kepada keselamatan sebagai kunci kepada pemanduan yang lebih tenang dan selamat.

volvo cars

Untuk maklumat lanjut tentang kempen For Life, sila layari www.volvocars.com/my

 

Foto: Volvo Car Malaysia

Baca lebih lanjut: Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric