Michael B. Jordan Dianugerah Bintang Hollywood Walk Of Fame
Michael B. Jordan melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan Hollywood Walk of Fame dua hari sebelum tayangan filem arahan pertamanya, Creed III.
Aktor, penerbit dan pengarah itu dianugerahkan bintang ke-2751 yang dipahat di hadapan Funko Hollywood dan Hollywood Blvd. Michael berkongsi momen istimewa itu bersama pengarah filem Wakanda Forever Ryan Coogler, rakan artis Jonathan Majors, dan ahli keluarganya pada majlis penganugerahan.
“Michael B. Jordan berjaya mencipta nama di persada seni menerusi pelbagai peranannya di layar perak. Tidak dapat dibayangkan bahawa sewaktu membesar bintang ini langsung tidak mempunyai impian untuk bergelar pelakon. Namun kita semua bernasib baik kerana dia berubah fikiran,” kata Ana Martinez, penerbit Hollywood Walk of Fame.

Foto: Getty Images
Michael mencapai status ‘legenda’ atas hasil titik peluhnya dalam pelbagai filem dan rancangan televisyen. Pada majlis penganugerah, dengan penuh emosi pelakon Without Remorse itu mengakui amat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di sini. Saya sering katakan kepada mereka yang benar-benar mengenali saya, ‘Saya tidak layak mendapat pengiktifaran ini.’
“Saya sangat jarang berehat dan menghayati momen dalam hidup. Saya sentiasa sibuk melakukan satu perkara kepada satu perkara yang lain sehingga tidak merasakan masa berlalu. Buat kali pertama dalam tempoh yang sangat lama, saya mengambil masa untuk menikmati detik ini.”

Foto: Getty Images
Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Michael berkata jika berpeluang bercakap kepada dirinya sewaktu muda, dia akan menasihatinya untuk kekal optimistik, setia, menjadi diri sendiri dan sentiasa berbuat baik. Dia menambah, “Alam semesta akan mengubah impian anda yang kelihatan mustahil menjadi kenyataan.”
Bintang berusia 36 tahun itu baru sahaja muncul dengan francais spinoff Rocky ketiga yang telah lama dinantikan peminat, Creed III di mana dia menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan pelakon utama.

Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
