Dimensi Ketangkasan BMW 330Li M Sport Baharu - Glam Malaysia

Dimensi Ketangkasan BMW 330Li M Sport Baharu

BMW Malaysia merungkai jentera BMW 330Li M Sport baharu dalam portfolio sedan eksekutif premium bersaiz sederhana yang dipasang di Malaysia.

BMW Malaysia terus menyelusuri dimensi ketangkasan yang baharu dengan memperkenalkan jentera baharu. BMW 330Li M Sport dirungkaikan menerusi varian dengan jarak sumbu kereta (wheelbase) panjang yang pertama dalam portfolio sedan eksekutif premium bersaiz sederhana yang dipasang secara domestik di Malaysia.

BMW 330Li M Sport adalah jentera BMW 3 Series menjanjikan konsep nilai bertaraf tinggi serta persepsi premium yang turut dilengkapi dengan aplikasi My BMW App yang baharu. Aplikasi in memberikan interaksi digital yang lebih sempurna antara pemandu dan kereta. Selain praktikaliti jentera ini yang disumbang oleh aspek ruang dan keselesaan yang tinggi, desain tubuh yang memanjang juga menyerlahkan lagi reka bentuk elegan yang dapat dilihat dari hadapan hingga ke belakang.

BMW 330Li M Sport menyerlahkan reka bentuk yang sofistikated dan sporty, dan dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 258 kuasa kuda pada paras 5,000 – 6,500 rpm, serta puncak tork berjumlah 400 Nm pada paras 1,550 – 4,400 rpm. Pecutan dari kelajuan 0 sehingga 100 km/j dapat dilakukan hanya dalam 6.2 saat, dengan kelajuan maksima mencecah 250 km/j.

Dari segi ruang dalaman kereta pula, tumpuan diberikan ke atas ambien serba moden serta reka bentuk yang mewah. Dimensi yang baharu menyaksikan ruang kepala yang berukuran 4 mm lebih tinggi berbanding BMW 330i M Sport, serta penambahan sebanyak 42 mm bagi ruang kaki disediakan untuk penumpang di belakang. Lantas memberikn keluasan yang benar-benar menyelesakan dan mewah.

BMW 330Li M Sport ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mineral White dan Carbon Black. Upholsteri Leather Vernasca dalam warna Mocha dengan sulaman hitam menyempurnakan kedua-dua warna eksterior yang ditawarkan. Anggaran harga jualan berserta dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM 300,800.00.

See also
Tahniah, Jisoo BLACKPINK & Pelakon Ahn Bo Hyun Sah Bercinta

Foto: BMW Malaysia

Baca lebih lanjut: Ratu Elizabeth Kembali Bertugas Selepas Kemangkatan Duke of Edinburgh