Related Stories
Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021
Musim anugerah sudah tiba! Tonton lima rancangan Netlflix ini sebelum berlangsungnya Anugerah Golden Globe 2021 yang akan diadakan pada 28 Februari (pagi 1 Mac waktu Malaysia) nanti.
Gergasi penstriman digital, Netflix mendominasi pencalonan Anugerah Golden Globe 2021 dengan 42 nominasi secara keseluruhan. Acara kali ini akan dipersembahkankan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana penularan pandemik Covid-19. Duo komedi, Tina Fey dan Amy Poehler akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos, tetapi kedua-duanya akan berada di lokasi berbeza. Tina Fey akan berada di New York manakala Amy Poehler akan bersiaran dari Beverly Hills, California. Siapakah yang akan memenangi trofi Golden Globes tahun ini? Jangan lupa untuk saksikan pada 28 Januari (pagi 1 Mac waktu Malaysia).

Berikut adalah lima rancangan yang perlu anda tonton sebelum berlangsungnya Anugerah Golden Globe 2021 pada Isnin ini:
I Care A Lot

Filem ini memberikan impak yang luar biasa sejak dilancarkan di Netflix pada pertengahan bulan ini. Pelakon kelahiran United Kingdom, Rosamund Pike sekali lagi menonjolkan bakat lakonannya melalui watak Marla Grayson yang cukup kejam. Lantas selayaknya menerima pencalonan kategori Pelakon Wanita Komedi atau Muzikal Terbaik untuk anugerah tahun ini. Filem ini turut menampilkan lakonan hebat daripada Peter Dinklage, Eliza Gonzalez, Chris Messina dan Dianne Wiest.
Pencalonan:
- Pelakon Wanita Terbaik – Komedi atau Muzikal (Rosamund Pike)
Baca lebih lanjut: Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
