7 Filem Menarik Bakal Menemui Anda Pada Mac 2024 - Glam Malaysia
7 Filem Menarik Bakal Menemui Anda Pada Mac 2024

7 Filem Menarik Bakal Menemui Anda Pada Mac 2024

Tahun 2023 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem menarik dan menghiburkan.

Bagaimanapun 2024 tidak kurang hebatnya. Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.

Bulan Januari berjaya menghiburkan penonton dengan filem aksi dan beremosi seperti The Beekeeper, Pendekar Awang dan 172 Days. Februari lebih mengujakan dengan karya luar biasa seperti The Fall Guy dan tentunya Dune: Part Two yang ditunggu-tunggu peminat.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada bulan Mac

1. TAN-TI-ANA

Tarikh tayangan: 29 Februari

Dibintangi oleh: Atikah Suhaimie, Jay Iswazir, Joey Daud, Zalif Sidek, Baby Shima, Abam Bocey

Sinopsis: Tiga rakan dalam industri penerbitan filem yang terdesak mendapatkan pekerjaan akhirnya memperoleh projek filem seram. Mereka berazam melakukan yang terbaik sehingga sanggup menggunakan hantu sebenar untuk berlakon dalam filem itu.

 

2. THE JACK IN THE BOX RISES

Tarikh tayangan: 29 Februari

Dibintangi oleh: Nicholas Anscombe, Isabella Colby Browne, Leona Clarke, Anna Blackburn

See also
Kate Moss Cuba Haluan Kerjaya Baharu?

Sinopsis: Seorang remaja dari Amerika Syarikat dihantar ke sekolah berasrama di United Kingdom. Tidak lama kemudian, rakan-rakannya menyedari tujuan dia dihantar ke sana adalah untuk mencari Jack In The Box antik yang tersembunyi di kawasan sekolah. Selepas menemui dan membuka kotak itu, mereka perlu berjuang untuk melepaskan diri daripada cengkaman syaitan yang terlepas tanpa disangka.

 

3. KUNG FU PANDA 4

filem 2024

Tarikh tayangan: 2 Mac

Dibintangi oleh: Jack Black, Awkwafina, Viola Davis, Ian McShane, Dustin Hoffman, Ke Huy Quan

Sinopsis: Dragon Warrior kembali dan perlu berhadapan dengan musuh paling hebat. Po meninggalkan Valley of Peace untuk pergi ke bandar besar, bagaimanapun musuh baru yang tidak dijangka, The Chameleon telah pun menunggunya.

 

4. EXHUMA

Exhuma' surpasses two million tickets in four days

Tarikh tayangan: 14 Mac

Dibintangi oleh: Lee Do Hyun, Kim Go Eun, Choi Min Sik, Yoo Hai Jin, Jeon Jin Ki, Hong Seo Joon, Hong Seo Jun

Sinopsis: Sebuah keluarga berada di Los Angeles meminta bantuan sepasang pengusir hantu untuk menyelamatkan bayi mereka daripada gangguan misteri. Selepas melakukan penyiasatan, mereka menyedari keluarga itu dihantui kejahatan dari kubur nenek moyang mereka. Dengan bantuan ahli feng shui terkenal, mereka menggali dan menempatkan semula kubur tersebut. Malangnya, perbuatan itu tanpa sengaja melepaskan kuasa jahat yang telah lama terkubur.

See also
5 Hotel Mewah Boleh Anda Inap di Pulau Langkawi

 

5. BOB MARLEY: ONE LOVE

filem mac 2024

Tarikh tayangan: 14 Mac

Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall

Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.

 

6. GHOSTBUSTERS: FROZEN EMPIRE

filem mac 2024

Tarikh tayangan: 28 Mac

Dibintangi oleh: Paul Rudd, Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Kumail Nanjiani, Patton Oswalt, Celeste O’Connor, Logan Kim, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Annie Potts

Sinopsis: Keluarga Spengler kembali ke tempat di mana segalanya bermula – rumah api ikonik New York City. Tujuannya untuk bekerjasama dengan Ghostbusters asal yang membangunkan makmal penyelidikan rahsia bagi memantapkan kaedah penangkapan hantu. Namun apabila artifak purba yang baru ditemui melepaskan kuasa jahat, mereka perlu bergabung tenaga untuk melindungi rumah dan menyelamatkan dunia.

See also
Ketulusan Seni Reka Sofistikated Jam Tangan Longines

 

7. GODZILLA X KONG: THE NEW EMPIRE

filem mac 2024

Tarikh tayangan: 28 Mac

Dibintangi oleh: Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Fala Chen, Dan Stevens, Kaylee Hottle

Sinopsis: Godzilla dan Kong menghadapi ancaman besar yang tersembunyi jauh di dalam planet, mencabar kewujudan mereka dan kelangsungan hidup umat manusia. Filem epik ini akan menyelami sejarah dan asal-usul mereka serta misteri di sebalik Skull Island. Ia sekali gus membongkar pertarungan mitos yang membentuk mahluk luar biasa ini dan mengikat mereka dengan umat manusia buat selamanya.

 

Baca: 10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix