10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine - Page 4 of 7 - Glam Malaysia
10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine

10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memandangkan kekuatan mental sama penting dengan kekuatan fizikal, bagaimanakah anda mengatasi cabaran ini?

Tagline Under Armour yakni “The Only Way Is Through” sangat dekat dengan hati saya. Pada mulanya saya tidak berapa faham tetapi selepas pandemik dan merenung kembali matlamat kecergasan yang mahu saya capai saya percaya, satu-satunya cara untuk menjadi lebih baik dalam apa jua perkara adalah dengan melaluinya sendiri dan jangan sekali-kali meragui kebolehan diri sendiri. Kekuatan mental sentiasa menjadi halangan yang lebih besar berbanding kekuatan fizikal. Ia kerena “anda tidak percaya akan keupayaan sendiri” atau sering membandingkan diri anda dengan orang lain. Ini akan menghalang potensi anda ketika beraksi. Setiap kali saya terganggu, saya akan teringat kepada mereka yang sering memberi saya inspirasi dan motivasi untuk melakukan yang lebih baik. Secara peribadi saya percaya berlatih dengan seseorang yang bukan sahaja mempunyai kekuatan fizikal tetapi mental juga boleh mendorong kita untuk terus maju dan tidak mudah berputus asa. Jadi, jika anda sukar untuk kekal fokus, ingat tagline “The Only Way Is Through” melalui halangan, melalui penentang, melalui diri anda sendiri untuk terus mengharunginya walau apa sekalipun. 

See also
GLAM Profil: Jeany Amir

10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine

Apakah rutin senaman peribadi anda? Rutin yang manakah akan fokus lebih atau kurang dan apakah alasan di sebaliknya?

Hari ini, saya berhasrat untuk berlatih seperti “atlet”. Saya bukan atlet profesional seperti beberapa rakan yang lain tetapi saya percaya setiap tubuh manusia harus berlatih sepertinya. Saya berlatih seperti seorang atlet kerana saya mahu mengelakkan kecederaan dan ingin menjadi lebih kuat supaya proses meningkatkan kekuatan dan koordinasi bahagian kelemahan badan saya akan berhasil. Sebagai rumusan, saya mahu bergerak bebas tanpa rasa sakit dan boleh melakukan pelbagai perkara dengan badan saya. Saya akan sentiasa berusaha mendapatkannya. Saya mempunyai matlamat iaitu untuk melakukan deadlift 90kg apabila saya berumur 90 tahun dan masih boleh melakukan split!