Welcome to the Dior Garden
Bunga sering menjadi elemen yang cukup istimewa buat Dior. Mendiang Christian Dior sendiri cukup gemarkan bunga-bunga indah seperti Rose de Granville dan dia juga membesar di vila yang dikelilingi dengan taman bunga indah oleh ibunya, Madeleine. Turut meminati aktiviti berkebun taman juga adalah adiknya, Catherine Dior. Dua beradik ini sering menghabiskan masa berkebun di taman bunga milik keluarga mereka di Granville. Catherine juga menghabiskan masa mencantikkan rumah mereka di Callian yang dipenuhi dengan bunga mawar. Cintanya pada aktiviti taman bunga ini membuahkan idea kepada Maria Grazia Chiuri, Pengarah Artistik Dior. Satu koleksi Dior Garden dilancarkan yang lengkap daripada himpunan ceraian berasaskan denim, aksesori topi serta beg Catherine yang diperkenalkan oleh Grazia Chiuri.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

