Alpha IVF & Women’s Specialists Lancar Pusat Rawatan Kesuburan Baharu
Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Alpha IVF & Women’s Specialists, salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini. Alpha IVF, dengan kadar kejayaan dan kepakaran bertaraf dunia kini mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan pembukaan pusat kesuburan yang terkini di Kota Damansara (Alpha IVF – KL). Dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Raja Permaisuri Agong yang juga turut menggunakan kaedah IVF untuk mendapatkan empat anak baginda telah menyokong pasangan-pasangan yang mempunyai masalah kesuburan melalui Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Sempena pembukaan pusat rawatan baharu tersebut, Alpha IVF-KL telah menaja 15 rawatan IVF sebagai tanda sokongan kepada TAFF. Turut hadir sama ke majlis pelancaran tersebut ialah penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Dengan ruang seluas 30,000 kaki persegi, Alpha IVF – KL dibina untuk menjadi hab sehenti bagi rawatan kesuburan yang menyediakan antara rawatan-rawatan kesuburan yang paling komprehensif dan pelbagai di seluruh dunia. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi perubatan yang canggih, termasuk 4 unit EmbryoScope+ iaitu kemudahan pengawasan embrio selang masa, dan sistem Cryotec® Cryopreservation yang telah mencapai kadar ketahanan hidup sebanyak 100% dengan konsisten untuk embrio dan blastosista semasa proses beku-cair.

Sejak penubuhannya pada 2011, teknologi canggih Alpha IVF – KL yang digabungkan dengan rawatan IVF yang inovatif telah diiktiraf dengan Kadar Kehamilan Klinikal IVF sebanyak 82.9%. Ini setanding dengan pusat-pusat rawatan IVF yang terbaik di dunia, mengukuhkan lagi kedudukan Alpha IVF – KL sebagai peneraju dalam bidang ini. Alpha IVF ‒ KL diuruskan oleh lima pakar kesuburan dan 19 pakar embriologi, genetik, andrologi dan saintis yang telah menghasilkan lebih daripada 150 hasil kerja saintifik berkaitan rawatan kesuburan
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
