“Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023
GLAM berpeluang menghadiri pertunjukkan fesyen musim luruh/sejuk 2023 Onitsuka Tiger di Minggu Fesyen Milan. Gaya urban lagi matang yang menyelimuti menjadi sorotan musim ini-menggabungkan warisan dengan modenisasi.
Onitsuka Tiger, antara jenama fesyen yang paling ditunggu persembahan koleksinya sewaktu Minggu Fesyen Milan pada Februari lalu. Terus menghadirkan koleksi kontemporari yang memadukan olahraga dan warisan dengan inovasi, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi lelaki dan perempuan yang berpaksikan kepada “Urban Layering”. Di bawah pimpinan kreatif Andrea Pompilio, perancangan pakaian dan set telah difikirkan sangat matang.

Gulf Kanawut
“Urban layering”-penggayaan lapisan demi lapisan adalah sebahagian daripada budaya Jepun. Teknik pemakaian kimono menjadi sebahagian daripada ritual yang dilakukan dengan cara melapisi beberapa helaian mengikut berat dan ketebalan yang berbeza. Daripada celana dalam yang ringan sehinggalah kepada kimono sebenar di bahagian luar, yang kemudiannya dilengkapi dengan tali pinggang lebar. Satu warisan gaya merentasi generasi, yang mana padanan helaian lebar dan beralun yang dihasilkan untuk koleksi musim luruh/dingin 2023-memperlihatkan satu lagi kecemerlangan fesyen dari Jepun.
Musim ini ternyata mencemerlangkan intipati tradisi Jepun dengan suntikan menerusi DNA sporty Onitsuka Tiger. Hasilnya menandakan satu koleksi penting, yang mana tertumpu pada estetika urban sambil mengekalkan semangat aktifnya. Justeru, terhasilnya kot bersaiz besar yang diperbuat daripada bulu tiruan, dengan padanan kot daripada ‘melton’ yang nyaman dengan efek jarang bersama perincian pad tambahan pada bahagian belakang.
Menyentuh perihal siluet, tiap rekaan khas wanita yang terkandung banyak bermain dengan potongan longgar dan oversized. Satu yang pasti dari koleksi ini adalah menawarkan kenyamanan sepanjang hari pada pemakainya. Terutamanya saat musim sejuk. Terdapat juga jaket, jaket puffer, jaket utiliti dan dress panjang berpotongan tegas yang memadukan esen maskulin. Serasi dengan karakter wanita yang gemar sesuatu yang ‘subtle’ namun ada pernyataan disebaliknya.
Turut ditawarkan musim ini-jaket anorak mega yang berkarakter. Menjadi helaian istimewa pada persembahan kali ini. Kolaborasi bersama Zanter, yang terkenal dalam penghasilan helaian ‘down-filled’ outerwear domestik pertama selain menjadi perintis pakaian tebal di Jepun. Rekaan tersebut boleh dilapisi antara satu sama lain bagi mencipta siluet yang tebal namun relaks. Penampilan ini dilengkapi dengan lapisan bahagian bawah. Seluar longgar diperbuat daripada nilon dan melton, sementara seluar pendek sifon kulit dengan pelapik jarang dilapisi di atas celana boxer.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.






