Konstruksi Berlian Ideal - Glam Malaysia

Konstruksi Berlian Ideal

BERLIAN BRILLIANTC™ KREASI DEGEM MERUPAKAN HIMPUNAN BERLIAN POTONGAN PALING IDEAL. FORMULA PERTUKANGANNYA DIJAMIN GRED KELAS PERTAMA, MENUNJUKKAN KEKUATAN DAN KEANGGUNAN SECARA BERIRINGAN. SUSUNAN BATU BERLIAN YANG INDAH DAN KEMEWAHAN TIADA TANDINGAN DIHIDUPKAN OLEH BERLIAN BRILLIANTC™ AKAN MENYALAKAN SETIAP DERIA DI DALAM DIRI. 

Rekaan barang kemas menjadi satu revolusi penting dalam dunia wanita. Tujuannya untuk melengkapi penampilan, namun kian zaman beredar, pertukangan dan seni pembuatan perhiasan diri menuntut kepentingan. Bukan sekadar indah dipandang, pertukangan serta kehalusan rekaan menerbitkan keperluan utama saatnya memiliki barang kemas.Berlian BrilliantC seolah tidak lekang oleh waktu. Reka bentuk ‘timeless’ adalah salah satu nilai yang dijunjung tinggi oleh jenama ini. Selain perihal asas seperti kejernihan, karat, hingga keaslian batu berlian, terdapat faktor lain yang juga penting perlu diketahui, yakni asal mulanya hingga setiap tahap proses penyempurnaannya. 

Setiap koleksi BrilliantC mewujudkan rekaaan yang akan menusuk pandangan sesiapa yang melihatnya. Perasaan kagum dan keinginan untuk tahu bagaimana setiap perhiasan ini dibuat oleh setiap individu yang memahaminya.Berlian BrilliantC mempersembahkan koleksi berlian dengan potongan baharu yang ideal, lantas menginjeksikan pantutan agam yang menambah kesan megah. Formula yang digunakan terbukti memainkan ilusi optik serta akan tampak sempurna ketika dikenakan. Apalagi, potongan tersebut memberi keistimewaan kepada pemilik untuk mengetahui asal usul pembuatannya, sekaligus membentuk barang kemas bermutu tinggi.

See also
Jovian Mandagie X Lazada

Potongannya ternyata dikhususkan buat wanita yang mendambakan koleksi barang kemas bermutu, disamping tujuannya untuk membiaskan karakter dan imej diri yang kuat, berserta iringan warisan jenama permata terunggul. Berlian BrilliantC disaring gred kelas pertama menggunakan teknologi penggredan saintifik terkini agar dapat menghasilkan prestasi pancaran cahaya yang maksimum. Kurang daripada 0.1% daripada berlian di dunia mengungguli prestasi kecemerlangan ini.

BrilliantC dihasilkan dengan cukup teliti dan memenuhi merit piawaian potongan ideal bagi sebutir berlianyang jarang-jarang berlaku secara semula jadi, tambah istimewa lagi penilaian kualitinya sangat diutamakan. Menambah kemewahan barangan perhiasan ini, BrilliantC mempersembahkan rekaan yang pelbagai, yang mana memenuhi citarasa wanita masa kini. Menyerlahkan penampilan tidak kira siang atau malam, yang secara tak langsung memperkasakan kecantikan keperibadian wanita terunggul.

BERLIAN POTONGAN IDEAL

Terbukti menawan untuk golongan wanita yang memiliki personaliti yang kuat dan selera gaya tersendiri. Keanggunan dan pesona klasik diperoleh dengan mengenakan satu koleksi sahaja, namun anda juga dapat memakai gelang atau cincin berlian BrilliantC  dari koleksi yang berbeza menunjukkan sisi berani yang menyakinkan. Generasi muda makin bijak. Mereka lebih sedar pada kepentingan pembelian produk yang berkualiti dan lebih peka pada tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar. Maka itu, berlian BrilliantC  merupakan koleksi berlian terbaik yang ideal untuk dimiliki.

(Atas) Cincin berlian BrilliantC Apex Pave (Bawah) Cincin BrilliantC Legacy

Majoriti batu berlian komersial di pasaran dipotong untuk mengekalkan berat dalam percubaan untuk memaksimumkan nilai jualannya. Secara amnya, apa yang menjadikan berlian benar-benar luar biasa dan berharga adalah pada prestasi kilauan. Tetapi bagaimana ketepatan kilau ditetapkan? Dengan pengalaman dan penyelidikan, DeGem telah mengakui formula matematik eksklusif perkadaran dan sudut yang jitu, yang dipertingkatkan dengan panduan potongan ideal Tolkowsky 1919. Tujuannya untuk mencipta potongan berlian ideal secara semula jadi dengan sentuhan moden serta menepati prestasi cahaya yang tepat dan berkesan.

See also
5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

Banyak proses yang berlaku pada langkah awal pembuatannya, mulai dari merekod sejarah asal, ukuran, kejernihan dan sebagainya, sebelum menentukan rekaan sempurna untuk setiap individu berlian tersebut.

KECEMERLANGAN MAKSIMUM

Prestasi kecemerlangan berlian merupakan faktor terpenting. Mematuhi keperluan dalaman adalah kemestian, untuk menjadikan berlian BrilliantC  kekal unik dan memikat pandangan kasar. Berlian BrilliantC  diyakini terbaik dikalangan berlian lain, oleh kerana gred potongannya yang terbaik. Menggunakan khidmat teknologi penggredan saintifik paling maju oleh American Gem Society (AGS).

Etika dalam pembuatan berlian BrilliantC  turut menjadi fokus. Setiap pemilikan berlian BrilliantC™ akan disertakan dengan laporan rasmi Diamond Time-Lapse Traceability anda sendiri. Segala maklumat mengenai pembuatan berlian akan dilampirkan. Selain menyediakan lapangan kerja, membangun komuniti, dan memberikan upah layak pada penduduk lokal, perusahaan disebalik berlian BrilliantC  terpercaya secara menyeluruh, seperti kualiti sosial dan kelestarian.

Dengan standard tinggi dalam segala faktor, keamanan, hingga ramah lingkungan, berlian BrilliantC  menentukan kualiti setiap berliannya di worksyop bersama pasukan yang mahir. Berlian BrilliantC  terbukti telah menyiapkan rangkaian barang kemas untuk menyerlahkan penampilan sang wanita sehinggalah ke detik ini. Karya perhiasan yang menonjol dan memikat selain memperkasakan wanita untuk meningkatkan keyakinan diri.

See also
Dearest, Beloved

Layari https://brilliantcdiamond.com/ untuk mengetahui koleksi berlian BrilliantC dengan lebih lanjut. 

Artikel berkaitan: Valentino Garavani Open Skate, Sniker Sifat ‘GENDERLESS’