UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan

UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

KOLEKSI MUSIM SEJUK 2022 MERUPAKAN KERJASAMA KEDUA MARNI DENGAN UNIQLO. APAKAH PENDEKATAN UNTUK MUSIM INI? ADAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG KONSEP LIFEWEAR UNIQLO SAMA SEKALI BERUBAH DARI MUSIM LALU?

Daripada berubah, ia telah berkembang. Koleksi musim bunga 2022 yang pertama diterima dengan baik di seluruh dunia dan, sehingga kini, saya melihat ramai yang memakainya di jalanan. Oleh itu, kami menginovasi keseluruhan almari pakaian untuk musim panas, mengolahnya dengan prinsip rekaan LifeWear pada umumnya. Namun, musim ini, kami berpendapat untuk mengukuhkan kerjasama dengan lebih berhala tuju, memfokuskan pada definisi Marni bagu HEATTECH UNIQLO. 

SECARA TEKNIKALNYA IA ADALAH KOLEKSI WANITA, TETAPI IA JUGA JELAS BAHAWA IA ADALAH ‘GENDERLESS’, DARIPADA SILUET BERSAIZ BESAR KEPADA REKA BENTUK ITU SENDIRI. BOLEH KONGSI LEBIH LANJUT MENGENAI INSPIRASI DI SEBALIK PENDEKATAN ‘GENDERLESS’ INI?

Saya ingin mencipta koleksi yang meraikan fizikal tubuh manusia, tanpa kaitan khusus dengan definisi jantina. Koleksi ini ditujukan untuk setiap TUBUH. Setiap bahagian secara intrinsik dikaitkan dengan orang lain dan boleh digayakan secara bebas oleh semua, hari demi hari, mengikut gaya peribadi mereka. 

See also
“Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023

KOLEKSI INI MENAMPILKAN CORAK GRAFIK YANG BERANI DAN WARNA BLOK YANG MENONJOL YANG TERASA SANGAT MARNI. DARI MANAKAH IDEA UNTUK CORAK INI TERCETUS, DAN ADAKAH IA DILUKIS DENGAN TANGAN? 

Saya ingin mencedok sedikit tafsiran tradisional cetakan optik 60-an, dengan menambah unsur tekstual dan primal. Di MARNI, penggunaan tangan adalah teras dan kami menterjemah pendekatan yang sama dalam koleksi ini, corak lukisan tangan bebas untuk mentakrifkan semula dan menggariskan fizikal, mencetuskan dialog dinamik bersama badan. 

BAGAIMANAKAH ANDA MELIHAT GAYA MARNI-SERTA GAYA PERIBADI ANDA SENDIRI-YANG HADIR DALAM KOLEKSI MUSIM SEJUK ISTIMEWA INI?

Pada kebanyakannya, mengenali MARNI kerana mainan warna dan cetakan. Ia sentiasa ada. Saya telah meletakkan pelbagai perkara saya sendiri ke dalam MARNI, tetapi ia juga merupakan satu proses yang bergerak ke arah yang bertentangan. Setiap hari saya mendapat inspirasi daripada apa yang saya lihat di MARNI, daripada pasukan saya, daripada maksud MARNI itu sendiri. Koleksi ini mengumpulkan semua kecintaan kami terhadap corak yang bertujuan sebagai ekspresi artistik imaginasi kolektif kami, dan jalur yang telah menjadi identiti gaya kami. 

See also
HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

APAKAH RANCANGAN PERCUTIAN IMPIAN ANDA?

Well, I think that I would love to plan a trip-kerana tiada apa yang merangsang saya seperti penemuan yang tercetus semasa mengembara. Tetapi sebaliknya, saya ingin menikmati rumah saya dan orang disekeliling saya, meluangkan masa untuk berlatih cello atau melukis dan membaca. Siapa tahu? Mungkin saya akan mempunyai masa untuk melakukan kedua-duanya. 

Koleksi UNIQLO X MARNI 22FW akan dilancarkan bermula 9 Disember 2022 di stor UNIQLO Fahrenheit 88 dan online di uniqlo.com.

Artikel berkaitan: Uniqlo Lancar RE.UNIQLO Studio Pertama Di DA Square