UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Keistimewaan UNIQLO AIRism

Kali ini saya akan ringkaskan, UNIQLO = Keselesaan. Ia begitu istimewa untuk dirangkap dalam satu ayat, antara penarik utamanya adalah teknologi yang di-input dalam desain antara aplikasi canggih dan istimewa yang terdapat dalam AIRism.

Struktur kandungan  AIRism Anti Odour Mesh Crew Neck Short Sleeve T-Shirt, bukanlah sesuatu hal yang perlu saya buktikan kerana ia telah terbukti merangkumi rasa pemakaian harian yang luar biasa. Bukan sahaja mengurangkan bau peluh dan memberikan kebolehnafasan pada kulit malah ia juga mengeringkan peluh dengan cepat, antara mengapa AIRism ini begitu berbaloi untuk dimiliki.

AIRism Ribbed Sleeveless Top (Silk Blend), pula desain AIRism yang diadun dengan fabrik sutera memberikan rasa tekstur yang lembut menyentuhi kulit, membuatkan anda selesa bergerak tanpa rasa ‘berat’ di badan. Desain Rib Tank, antara desain popular masa kini direka bentuk dengan kemasan leher persegi dan tali bahu nipis, mudah digayakan dengan apa jua fesyen yang anda ingin bawakan.

See also
Carine Roitfeld Bakal Berkolaborasi Bersama Uniqlo

Rahsia terbesar yang anda perlu tahu, koleksi terbaru ini juga menampilkan bahan baharu iaitu fungsi anti-bau yang dipertingkatkan untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh peluh! Kesemua ciri-ciri ini membuatkan Airism ini sangat istimewa. Apa lagi yang perlu dibuktikan? Sudah jelas ia semua merangkumi keperluan pemakaian harian kita. UNIQLO AIRism, desain teknologi bernafas, rasa licin, ringan dengan kualiti fabrik berprestasi tinggi, menghilangkan lembapan peluh dan haba daripada kulit.

Dapatkan koleksi UNIQLO AIRism di semua stor fizikal UNIQLO di seluruh negara dan stor dalam talian UNIQLO Malaysia Disini.

Baca: Sejenak Bersama Sofia Coppola, Mengenai Koleksi Bersama UNIQLO