Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018
Selepas "melarikan diri" daripda tradisi NYFW dengan mengadakan pertunjukan koleksinya di Venice Beach sebelum ini, Tommy Hilfiger diberi penghormatan sewaktu London Fashion Week untuk menutup dan mempersembahkan koleksi kolaborasi eksklusifnya bersama it-model Gigi Hadid buat kali ketiga dan disaksikan hampir 2000 tetamu.
Pertunjukan penuh tenaga itu telah dihadiri oleh teman-teman dan keluarga Hilfiger dan juga Hadid untuk meraikan kerjasama mereka. Bertemakan "Rockcircus" dan menggabungkan koleksi lelaki dan wanita dengan menerapkan elemen-elemen segar, edgy, dan new attitude.
Koleksi ini juga mengambil warisan rebellious era 90-an dan juga merupakan visi Americana moden mereka untuk memberi perhatian kepada budaya muda dan "grunge meet prep."
Mereka juga turut mengekalkan konsep "See Now, Buy Now" memberi peluang kepada orang ramai untuk terus membeli ceraian-ceraian yang ditampilkan dalam koleksi tersebut.
Lihat ceraian kegemaran kami daripada koleksi ini:
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fenty Skin Perkenal Body Collection
Apr 27, 2026
Ini Senarai Sheet Mask Yang Mampu Kembalikan Seri Wajah!
Apr 24, 2026
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
Apr 24, 2026
Teknologi Microemulsion Beri Kulit Lembab
Apr 24, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026

