Beg Mesti Miliki: Dekati Valentino Garavani One Stud
PERCAYAI KAMI APABILA KAMI MENGATAKAN VALENTINO GARAVANI ONE STUD IALAH BEG TANGAN YANG ANDA AKAN HARGAI SELAMANYA.
Membuat penampilan sulung semasa pertunjukan fesyen Valentino Rendez-Vous Spring/Summer 2022, beg Valentino Garavani One Stud adalah obesi kami yang terbaru, menawarkan “statement unik dan penegasan yang berbeza tentang keanggunan setiap hari”. Kesinambungan daripada keluarga Valentino Garavani Roman Stud, evolusi beg Valentino Garavani One Stud mencadangkan gaya yang lebih berani dan ringkas yang sesuai dengan keperluan harian.
Garisan licin dan siluet bersih melambangkan nada moden kontemporari beg, diselingi dengan perincian stud 4×4 dalam kemasan loyang antik yang menyimbolkan identiti unik jenama. Diperbuat daripada material kulit nappa yang lembut, rantai beg yang boleh laras-membolehkan penggayaan versatil, sama ada silang atau gantung pada bahu.
Pelakon dan penyanyi berbakat Daiyan Trisha berkongsi trik gaya untuk menggayakan ‘It bag’ itu dengan bijak. Menyarung koleksi terkini, gaya Daiyan yang tiada tandingan dan bertenaga nyata terserlah. Ekspresif, canggih dan serba boleh, Dainyan menjelmakan suntikan semangat beg Valentino Garavani yakni “tegas dan berkuasa namun lembut dasarnya”.
Merangkum etos koleksi, musim ini, semuanya mengenai pergerakan, kebebasan dan keperibadian. Untuk musim bunga/panas 2022, pengarah kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli membawa kita kembara di jalanan Paris untuk mempamerkan koleksi Rendez-Vous beliau. Memukau, elegan dan bersahaja. Koleksi ini menggembirakan dalam pergerakan dan pada gaya individu yang memakainya. Di sini, ciptaannya bernyawa, mencontohi persona setiap individu dan seterusnya, menyelami kedalaman dan keperibadian kepada rekaan pakaian yang dibuat di atelier.

Miliki koleksi beg Valentino Garavani One Stud di sini.
Hubungi: butik Pavilion KL: 03-2110 5770 atau WhatsApp pakar fesyen Valentino di +6012-668 8304.
Dekati koleksi Valentino Rendez-Vous dengan klik pada pautan ini dari telefon atau komputer anda. Melalui pengalaman membeli-belah digital inovatif Valentino, pelanggan boleh menyelami dalam dunia Maison Valentino dari keselesaan rumah mereka. Semua barangan dari butik jenama di Pavilion KL boleh dilihat di platform ini dan dihantar ke rumah anda mengikut kesenangan anda. Sebagai alternatif lain, penasihat pelanggan juga tersedia untuk membantu anda (melalui chat atau panggilan terus) mengenai keperluan dan pilihan penggayaan anda.
#ValentinoRendezVous
#VALENTINOGARAVANI #OneStudBag
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


