The Melium Group Raikan Ulang Tahun Fesyen Ke-30 Dengan #MELIUM30TH
The Melium Group meraikan sambutan ulang tahun ke 30, menandakan kemampanan jenama ini dalam memperkasakan industri peruncitan gaya hidup dan fesyen mewah di Malaysia. Sambutan ulang tahun ini diraikan dengan pertunjukan fesyen yang diadakan sewakktu KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) baru-baru ini di Pavilion KL, menyoroti kekuatan Melium sebagai satu kumpulan yang telah berdekad membina perhubungan erat dengan pelanggan melewati generasi ke generasi.

Bercakap pada pertunjukan fesyen tersebut adalah pengasas dan presiden, Dato' Seri Dr Farah Khan yang menegaskan kekuatan Melium adalah sentiasa menjadi sebahagian dari masyarakat. "Tidak kira sama ada pelanggan kami yang telah banyak menyokong, mahupun individu lain yang berkongsi nilai dan matlamat yang sama dalam usaha memperkenalkan peruncitan fesyen antarabangsa ke dalam industri tempatan, terasnya adalah kelompok individu itu sendiri".

Pembukaan pertunjukan fesyen dimulakan dengan testimoni video yang dinaratifkan sendiri oleh Dato’ Seri Dr Farah Khan diikuti Friends of Melium walk, antaranya Zahida Rafik, Datin Azila Caramella & Luna Caramella, Dato’ Emma Ibrahim, Dini Schatzmann, Zhu Liyesi, Sherry Ibrahim, Dato’ Jasmine Raj, Kavita Kaur and Roberto Guiati, Tengku Siska Alisa, Othman Mirzan dan Lee Jim Leng menguasai dengan 'berjalan' secara eksklusif di atas pentas peragaan. Di samping itu, Melium dan Malaysia Tatler Charity Auction Committee mengumumkan kutipan sebanyak RM4.5 juta bersempena 30th Anniversary Charity Auction untuk 20 pertubuhan dan rumah amal.

Dato' Jasmine Raj

Tengku Siska Alisa dalam Balmain

Zahida Rafik dalam Balmain

Lee Jim Leng dalam Monique Lhuillier
Majlis pada malam itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen dari label di bawah bumbung Melium seperti Aigner, Balmain, Hackett London, Max Mara, MCM dan banyak lagi. Jenama Farah Khan turut membuat penampilan yang bertemakan Jean-Michel Basquiat. Congrats Melium for the 30th anniversary and more years to come!
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

