Sinar Ramadan Bersama Swarovski - Glam Malaysia
Sinar Ramadan Bersama Swarovski

Sinar Ramadan Bersama Swarovski

Sinar Ramadan 2021 dimeriahkan lagi dengan himpunan the Swarovski Symbolic- rekaan Swarovski yang diilhamkan daripada bintang di cakerawala. Ukiran unik bintang-bintang mengumpamakan representasi kepada kemuliaan bulan Ramadan. Dimeriahkan lagi dengan kemunculan lima wajah yang bertindak sebagai penghias kempen. 

Kemuliaan bulan Ramadan bertambah seri dengan terbitnya koleksi barang kemas Swarovski-The Swarovski Symbolic. Menampilkan rekaan bernada mewah, mencedok ilham reka bentuk daripada cakerawala, seperti bintang, bulan dan matahari. Lambang-lambang daripada itu adalah simbolik kepada sambutan bulan Ramadan. Bintang, bulan dan matahari cukup sinonim dengan sambutan musim perayaan, turut sama membawa gaya mewah yang tersendiri. 

Berani, bertepatan dengan tema bulan Ramadan serta cukup dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia khasnya. Variasi rekaan yang indah ditawarkan, seperti cincin, rantai, buah rantai, subang dan sebagainya, diserlahkan dengan kristal Swarovski , bersinar bak gugusan bintang pada waktu malam. 

Swarovski

Kesemua rekaan boleh disambung padan mengikut gaya masing-masing. Keunikan gaya dalam koleksi ini memberi nafas baharu dalam pembikinan barang perhiasan kristal. Tentunya membawa gaya mewah yang luar biasa.

Pabila memakai baju raya, mengenakan perhiasan ringkas dari koleksi The Swarovski Symbolic, ia mampu menyerlahkan penampilan. Kemilaunya, misalnya pada gelang tangan dan rantai benar-benar menaikkan seri pemakai. 

Rekaannya disesuaikan untuk semua wanita. Buat wanita yang bertudung, tentunya pemakaian anting-anting atau rantai tidak memberi banyak perubahan kepada penampilan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk menyarung cincin sebagai pilihan gaya terbaik. Cincin yang terletak pada jari jemari memberi impak gaya yang boleh dipakai sewaktu menghadiri majlis raya mahupun bersantai menyambut lebaran bersama keluarga.  

The Swarovski Symbolic

Menyemarakkan lagi koleksi ini, lima wanita dari latar belakang dan kerjaya yang berbeza-beza disatukan dalam satu kempen yang sama. Swarovski mahu merayakan kemurniaan Ramadan dengan kepositifan juga mengangkat nilai kesatuan. Bulan Ramadan adalah detik yang sempurna untuk mengait kemesaraan dan mewujudkan kebersamaan di kalangan masyarakat.

Dengan itu, Swarovski menyunting Shalma Ainaa, seorang usahawan dan pencipta kandungan digital; Cik Manggis, seorang penyanyi dan pelakon yang bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan; Asma’ Nasa, seorangan pencipta kandungan digital dan penggiat fesyen; Daiyan Trisha, seorang penyanyi, pelakon dan bintang media sosial dan juga Yaya Zahir, seorang usahawan dan pengacara TV. Kesemuanya dirakam menyarung perhiasan indah dari The Swarovski Symbolic, yang mana boleh dijadikan rujukan gaya terutamanya untuk tampil stylish sepanjang Ramadan juga musim perayaan yang bakal menjelang.

Artikel berkaitan: South Sea Pearl, Taruhan DeGEM Sempena Syawal

POST A COMMENT