Say goodbye to skinny jeans, dan helo seluar kargo! Trend Y2K ini kian menjadi pilihan Gen Z malah fashion houses seperti Prada, Celine mahupun Bottega Veneta turut hadir dengan koleksi helaian ini.
Dengan lebih enam juta tontonan, hashtag #stylingcargos di TikTok, ini membuktikan ada banyak demand untuk orang ramai yang ingin belajar cara menggayakan seluar kargo. Seluar ini bukan seluar yang mudah untuk digayakan bahkan ia sangat selesa dan hip.
Seluar kargo dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan longgar dan membolehkan anda untuk bergerak dengan mudah dan berasa selesa serta sejuk. Malah ia juga hadir dengan poket yang banyak, sememangnya satu kemudahan yang hebat untuk membawa barang keperluan anda.
6 Tips Untuk Bergaya Dengan Seluar Kargo
Seluar kargo bukanlah siluet yang mudah untuk digayakan jika anda kurang berpengetahuan tentang fesyen. Namun, jangan risau GLAM boleh berkongsi dengan anda cara bergaya dengan seluar kargo agar anda nampak standout dan chic.
1. Memadan seluar kargo dengan corset top

Foto: Getty Images
Sifat curve-hugging korset ini mencipta gaya kontras yang cantik dengan seluar kargo. Anda boleh cuba memadankan seluar ini bersama korset atau bustier untuk kombinasi feminin dan maskulin berjaya.
2. Padankan dengan t-shirt

Foto: Getty Images
Untuk penampilan yang easy, bersahaja dan mudah suaipadan, kami cadangkan untuk anda padankan seluar dengan t-shirt atau baju panas. Gaya ini nampak vintaj dan simple jika anda padankan dengan t-shirt grafik corak kartun 90-an. Padankan sekali dengan bucket hat seperti Dua Lipa untuk that 90’s look!
3. Seluar kargo dengan blazer

Untuk elevate penampilan agar nampak formal dan lebih sesuai dipakai di pejabat, cuba gayakan seluar kargo anda dengan blazer. Pilih dalam rona mute atau natural seperti beige atau tan dan padankan bersama kemeja putih dan blazer.
Pada masa yang sama, anda juga boleh padankan seluar jenis denim dengan blazer untuk penampilan chic dan matang. Yang penting aksesori pilihan haruslah lebih minimalis dan subtle seperti anting-anting hoops rona emas atau jam tangan.
4. Padankan dengan hoodie

Untuk look kasual, seluar ini dan hoodie adalah padanan sempurna. Padankan pula dengan beg tangan tote dan sniker dalam rona sama, anda pasti kelihatan Gen Z on a day off.
5. Padankan dengan sepatu boot
https://www.instagram.com/p/CdvL5QJPis7/
Untuk penampilan lebih ranggi, cuba masukkan seluar kargo anda dalam sepatu boot yang tebal. Lebih menariknya jika anda padankan seluruh penampilan dalam warna yang sama. Calit gincu merah dan rambut dalam pony tail, ta-daa anda sudah bersedia untuk takluk dunia!
6. Suntik look dengan labuci

Foto: Getty Images
Pada pandangan pertama, labuci mungkin kombinasi yang agak berbeza apabila dipadankan dengan asas harian seperti seluar kargo atau seluar jeans. Sebenarnya kombinasi penampilan ini buatkan anda nampak lebih glam tanpa trying so hard. Untuk nampak lebih kemas, pastikan pilihan top labuci disuaipadan dengan sepatu rona sama. Ini sekaligus buat penampilan lebih cohesive.
Foto: Getty Images
Artikel berkaitan: Benarkah Fesyen Zaman Dahulu Masih Relevan Pada Zaman Kini?
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
