Pancaran Permata Romantis Goldheart Serlah Aura Ratu Sehari
Perhiasan batu permata dari Goldheart menapakkan batu permatanya yang eksklusif di tanah air sejak 1944. Dek kerana rekaannya yang diacu dengan sentuhan seni cinta menjadikan ia antara pilihan utama buat juita. Saban tahun, Goldheart meraikan ciptaan terbaru yang lebih kreatif seiring dengan perededaran zaman.
Pilihan GLAM adalah Romantic Blue buat tarikh keramat ini. Dibuat dari tanah Jepun koleksi ini mengeluarkan kehalusan dalam menggabungkan nilam pada cincin berlian platinum ini. Menggunakan emas merah, kuning pada bahagian dalam cincin dipeluk pula dengan logam PT950 dan PT900 pada sisi luar, dan dihiasi pula dengan permata Zamrud biru. Buat pengetahuan semua, batu nilam ini mempunyai kekuatan dan daya penyembuhan jika ia diletakkan pada permukaan kulit.
Something Blue oleh Goldheart emas putih sempurna buat pengantin yang mementingkan rekaan sofistikated dan timeless. Direka khas menggunakan logam PT999, istimewanya cincin ini diiringi dengan batu Zamrud biru indah menelusuri pada bahagian dalam sekeliling cincin. Set rangkaian Promesse, menghidupkan lagi keagungan jalinan asmara pasanagan cinta. Promesse hadir dengan set lengkap anting-anting, gelang tangan, rantai indah melengkapi pengantin.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

