Model-model Generasi Baru Class of Spring/Summer 2018

Chanel S/S 2018
Foto IMAXtree via TheImpression
Seperti biasa, tiap kali minggu fesyen berlangsung banyak parkara baru yang bakal menjadi tumpuan ramai dari mula hingga ke hujung empat minggu yang penting dalam dunia fesyen ini. Dari rekaan baru, stail solekan yang baru, dan tidak lupa juga muka-muka baru yang bekerja keras untuk berada di atas pentas peragaan antarabangsa.
Kebanyakan model-model baru ini selalunya hanya berjaya menarik perhatian dalam satu atau dua pertunjukan sahaja dan mereka terus kekal dengan jenama tersebut tanpa mencuba untuk melebarkan sayap mereka lagi. Bagi yang bertuah pula mereka boleh dilihat bekerjasama dengan lebih daripada satu pereka, membuat kemunculan di setiap bandar besar minggu fesyen diadakan dan mereka juga mempunyai aura mereka tersendiri yang membezakan mereka daripada yang lain. Dengan semua kriteria ini dan kegigihan tanpa had, peluang mereka untuk terus maju dalam indsutri ini menjadi lebih besar dan cerah.
Jadi GLAM menghimpunkan barisan model-model yang telah menghiasi pentas peragaan S/S 2018 sepanjang Minggu Fesyen berlangsung yang terdiri daripada model-model yang telah berkecimpung untuk beberapa tahun dalam industri ini dan tiba masanya untuk mereka bersinar dan model-model baru memasuki industri pesat ini yang berjaya menarik perhatian ramai dengan aura dan kegigihan mereka.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2
Apr 30, 2026
5 Salon Blow Dry Terbaik Di KL & Selangor Pilihan GLAM
Apr 30, 2026
8 Wangian Tahan Lama Pilihan Bakal Pengantin
Apr 30, 2026
Trend ‘Claw Clip’ Lazy Hair Kini Kembali
Apr 30, 2026
Destinasi Syurga Botanika Aigner SS26
Apr 30, 2026
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Apr 30, 2026
Taylor Swift Dan Travis Kelce Bakal Berkahwin Julai Ini!
Apr 30, 2026

