Merai Chinese Valentine's Day, Siapakah Selebriti China Bergaya Dalam Gucci Les Pommes? - Glam Malaysia
Merai Chinese Valentine's Day, Siapakah Selebriti China Bergaya Dalam Gucci Les Pommes?

Merai Chinese Valentine’s Day, Siapakah Selebriti China Bergaya Dalam Gucci Les Pommes?

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ogos ini, Chinese Valentine’s Day akan disambut oleh komuniti di China secara besar-besaran, yang mana menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Di China, tanggal 14 Ogos, hari ke-7 bulan ke-7 dalam kalender Lunar, merupakan hari istimewa untuk meraikan kekasih sebagai menghormati tradisi dan warisan yang berkaitan dengan Festival Qixi. 

Maka itu, Gucci turut sama merai festival Chinese Valentine’s Day untuk tahun 2021 dengan menawarkan koleksi Gucci Les Pommes, merangkumi pakaian sedia pakai dan aksesori yang dihiasi motif buah epal dan hati yang bersifat “manis” dan romantis. 

Hari teristimewa ini adalah berkisar tentang legenda percintaan antara Niulang dan Zhinu (Cowherd dan Weaver Girl). Kisah ini menceritakan bagaimana dan mengapakah percintaan mereka dilarang, namun ajaibnya setiap tahun yang ke-7 pada tarikh ke-7 mereka berpeluang untuk bersatu kembali hanya dalam satu hari. Lalu, kisah cinta agung mereka dijadikan inspirasi Gucci dalam mencipta satu koleksi yang “manis” dedikasi pasangan lelaki dan perempuan. Yang menawarkan opsyen gaya yang dicadangkan pakai saat keluar berpasangan menyambut Hari Kekasih.

See also
NYFW: Altuzarra Lancar Koleksi Beg Tangan

gucci les pommes
gucci les pommes

Idea dan pengisahan Gucci Les Pommes terus dikemas rapi, apalagi terdapat kempen khusus Gucci Les Pommes dilancarkan. Leslie Zhang merupakan jurugambar yang terpilih untuk merakam foto, manakalah Zhuzi pula merangkap pengarah. Panorama Shanghai dihadirkan dengan membawa elemen eksentrik buah pemikiran Alessandro Michele sang Pengarah Kreatif, yang dikemas dalam visual ternyaman para pelakonnya, sejalan dengan pembudayaan orang China. 

Kempen memaparkan cerita pendek mengenai sekumpulan lelaki dan perempuan yang berjumpa secara disengaja dan tak disengaja di sekitar Shanghai. 

Lebih istimewa lagi, watak-watak utama dibintangi oleh penyanyi dan anggota kumpulan WayV dan SuperM Lucas dan model China, Xiaowen Ju. Kesemuanya dirakam menyarung rekaan Gucci Les Pommes, kala berjalan dan berjumpa sesama mereka sambil dilatari suasana indah kota Shanghai pada waktu malam. Pancaran lampu neon yang diselangi warna-warna terang, ternyata menyerlahkan suasana kota yang turut memancarkan semangat Gucci. 

Gucci Les Pommes terdiri dari item fesyen yang timeless dengan konsep rekaan gender neutral. Mulai dari pakaian siap pakai, tas, hingga aksesori. Setiap rekaan yang terkandung dihiasi dengan cetakan buah epal dan hati, menyuntik kesegaran gaya dan memesonakan rasa cinta. Cetakan tersebut bergabung dengan logo Gucci atau pada permukaan monogram GG, tampak bersahaja namun tetap berbalut statement.

See also
3 Kempen Fesyen Musim Bunga 2023 Wajib Anda Kenali

Beberapa helaian dibuat dengan menampilkan desain unik yang cukup ketersendirian. Sehelai kemeja T biru yang sekilas nampak kasual misalnya berupaya menghadirkan kesan quirky kala dipadankan dengan skirt belah bermonogram GG, langsung kelihatan senada. Alessandro juga masih mengeksplorasi ragam motif dan nuansa warna untuk memberikan kesan bold nan ekspresif pada beberapa aspek. 

Hasilnya adalah koleksi yang cukup universal dengan semangat individualistik yang tetap kental. 

Setelah Gucci Les Pommes dilancarkan, beberapa selebriti China yang terpilih dirakam menyarung rekaan tersebut secara berpadu-padan. Ayuh, semak gaya selebriti China yang telah menggayakan Gucci Les Pommes.

SONG ZUER

gucci les pommes