Revolusi Fesyen Dengan Hijab Organik di Malaysia

Kalau kita sering mendengar makanan organik, kini tudung juga diperbuat daripada bahan organik. Istimewa Gaya By Adania melancarkan koleksi hijab untuk pertama kalinya di Asia Islamic Fashion Week (AIFW 2017) yang bertujuan untuk mewujudkan satu trend fesyen baru berilhamkan dari motif semulajadi, serta mesra alam.
Pengasas Gaya by Adania, Ain Nadia Yusoff mensasarkan kelainan dari industri fesyen yakni dengan menarik minat peminat fesyen terhadap organik dan alam semulajadi seperti jenama penjagaan kulit organik dari syarikat ini iaitu Adania Skin Care.
[envira-gallery id=”64780″]
Koleksi Gaya terbahagi kepada dua jenis yakni koleksi organik dan sutera satin. Koleksi organik diperbuat dari 100% semulajadi, mesra alam seperti kapas, ulat sutera dan kain modal fiber yang mampu untuk membuat si pemakai rasa selesa walaupun di cuaca yang lembap mahupun panas.

Natural Herbal Dyes atau Azo-Free Low Impact Eco digunakan sebagai ejen pewarna untuk memastikan produksi keluaran ini 100% semula jadi. Koleksi organik terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Greystone (Kelabu) dan Aventurine (Hijau Zaitun), dan boleh diragakan sama ada pakaian harian mahupun rasmi, Manakala Koleksi Sutera Satin pula mengetengahkan rekaan unik bagi si pemakai dalam menyerlahkan karakter.
Semua penghasilan Gaya mengikut proses Global Organic Textile Standard (GOTS) Fair Trade dan bahan yang digunakan untuk Koleksi Organik adalah diluluskan oleh Ecocert dan GOTS.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
