fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Halloween 2017 Disambut Dengan Lebih Meriah Oleh Adele, Nicki Minaj & Ramai Lagi
10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia
Chrissy Teigen Memecah Rekod Dunia?
Hermes In The Making Mendekatkan Artisan Dengan Umum
Himpunan Fesyen Lindsay Lohan Buat Press Tour Freaky Friday

Legasi Barisan Couture Bride Chanel Pilihan Karl Lagerfeld

Haute Couture Fashion Week yang dinantikan sudah kembali dan acap kali ia tiba pasti ramai yang mempunyai harapan tinggi untuk setiap koleksi. Lebih-lebih lagi when it is Chanel.

 

Gambar MEGA

Umum mengetahui setiap persembahan koleksi adi busana Chanel, selain set runway yang mengagumkan, seorang (atau dua) model bertuah akan dipilih oleh pengarah kreatif Karl Lagerfeld bagi menutup persembahan istimewa itu dan turut diberi gelaran Chanel Couture Bride sambil mereka menggayakan look bridal istimewa untuk koleksi tersebut.

 

Dari supermodel era 90-an Claudia Schiffer, Devon Aoki, dan Linda Evangelista hingga ke model generasi baru Kendall Jenner dan Lily-Rose Depp. Untuk meraikan legasi istimewa ini GLAM senaraikan semua model bertuah yang pernah terpilih untuk menggayakan look finale koleksi adi busana Chanel.

21 of 26

Kendall Jenner (Chanel Couture Fall 2015)

21 of 26

Kendall Jenner (Chanel Couture Fall 2015)