Gaun Perkahwinan Diraja Paling Unik Dari Seluruh Dunia
10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia

10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia

Gaun perkahwinan Diraja sentiasa mencuri tumpuan terutama yang klasik dan tidak menampilkan warna klise.

Rona putih merupakan pilihan tradisional buat kebanyakan negara, namun ada juga kerabat Diraja lain yang menggayakan gaun perkahwinan rona terang pada hari bersejarah mereka.

Lihat beberapa gaun perkahwinan Diraja menawan yang disarung puteri dan permaisuri dari pelbagai negara

Puteri Ayako

Puteri Jepun ini menyarung kouchiki merah – jubah berlengan panjang dan lebar – bersama celana kembang naga-bakama rona coklat ketika berkahwin dengan pekerja firma perkapalan, Kei Moriya pada 2018. Dia melepaskan status Diraja dan kini dikenali sebagai Ayako Moriya.

Gaun Perkahwinan Diraja Paling Unik Dari Seluruh Dunia

Foto: AP

Permaisuri Jetsun Pema

Permaisuri Bhutan ini merupakan rakyat biasa sebelum berkahwin dengan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dalam upacara tradisional Buddha. Mereka disatukan sebagai suami isteri di Punakha Dzong di ibu kota purba Bhutan, Punakha pada 2011.

Gaun Perkahwinan Diraja Paling Unik Dari Seluruh Dunia

Foto: AFP

Puteri Lalla Salma

Ketika berkahwin dengan Raja Mohammed VI, bekas jurutera ini memecah tradisi lama yang menyembunyikan wajah isteri kerabat Diraja Maghribi. Pasangan itu disatukan di Istana Diraja Rabat di ibu kota pada 2002.

Foto: Getty Images

Permaisuri Letizia

Permaisuri Sepanyol memilih gaun perkahwinan rekaan Manuel Pertegaz untuk disarung pada hari bahagianya dengan Raja Felipe pada 2004. Gaunnya menampilkan kolar yang disulam dengan fleur-de-lis dan gandum – simbol Diraja Sepanyol.

Gaun Perkahwinan Diraja Paling Unik Dari Seluruh Dunia

Foto: Reuters

Puteri Mahkota Marie Chantal

Gaun perkahwinan puteri Greece ini menampilkan tampal hias dan perincian bertekstur. Gaun rekaan Valentino ini terdiri daripada korset renda dan skirt sutera gading. Puteri Marie berkahwin dengan Putera Mahkota Pavlos pada 1995.

Foto: Reuters

Puteri Gusti Kanjeng Ratu Hayu

Puteri kepada Sri Sultan Hamengkubawono X dari Yogyakarta, Indonesia ini mengenali suaminya, Puteri Notonegoro selama 10 tahun sebelum diijabkabul. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2013 diraikan selama tiga hari.

Gaun Perkahwinan Diraja Paling Unik Dari Seluruh Dunia

Foto: Getty Images

Puteri Ariana Makonnen

Ketika berkahwin dengan Putera Joel Dawit Makonnen dari Ethiopia, bekas penulis Amerika Syarikatini menyarung gaun Lazaro rekaan Cheryl Lofton, pereka yang menghasilkan pakaian Michelle Obama. Mereka melangsungkan perkahwinan di Washington, DC pada 2017.

Foto: Dotun Ayodeji

Puteri Claire

Puteri Luxembourg tampil persis dewi dalam gaun perkahwinan daripada pereka Elie Saab. Bekas penyelidik bioetika dari Jerman ini berkahwin dengan Putera Felix pada 2013.

Foto: Getty Images

Puteri Noor

Puteri Jordan ini tampil berseri dalam gaun sarat manik ketika disatukan dengan Putera Hamzah bin Hussein pada 2003. Mereka bercerai pada 2009 dan kini telah pun menemui pasangan hidup masing-masing.

Foto: Getty Images

Puteri Nathalie

Gaun perkahwinan puteri Denmark ini direka oleh pereka tempatan, Henrik Hviid. Gaun organza satin gading dan organza suteranya dihiasi dengan korset yang diperbuat daripada tampal hias dengan perincian sepadan di bahagian hadapan. Puteri Nathalie berkahwin dengan Alexander Johannsmann pada 2010 namun bercerai selepas 12 tahun.

Foto: Getty Images

Baca: 5 Selebriti Yang Menyarung Gaun Perkahwinan Sendiri Ke Acara Hiburan

See also
Fesyen Kanak-Kanak Bersama Emporio Armani & The Smurfs