fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Gaya Elegen Sherry Amin Pilihan GLAM
Riccardo Tisci Diumumkan Sebagai Ketua Pegawai Kreatif Baru Burberry
Fantasi Fesyen “THE DIORAMOUR”, Apakah Item Yang Hangat?
Koleksi Tas Tangan Bottega Veneta Penjelmaan Sebenar ‘Modern Elegance’
Kekal Segar Di Musim Perayaan Dengan Sentuhan ‘Linen Denim’ Levi’s
Home > Fesyen > Kolaborasi Coach x Selena Gomez Menjadi Kenyataan

Kolaborasi Coach x Selena Gomez Menjadi Kenyataan

GLAM sebelum ini pernah melaporkan tentang khabar bahawa Selena Gomez bakal berganding tenaga bersama jenama ternama Coach dan nampaknya kedua-dua belah pihak telah pun mengesahkan kolaborasi yang dinanti-nantikan ini.

 

Untuk kolaborasi ini Selena bukan sahaja dipilih sebagai muka untuk kempen musim luruh 2017 Coach malah dia akan bekerjasama dengan pengarah kreatif eksekutif Coach Stuart Vevers untuk menghasilkan projek rekaan ekslusif.

 

Stuart juga menerangkan ciri-ciri yang ada pada Selena merupakan ciri-ciri yang dicari oleh Coach. “Saya mereka untuk wanita-wanita yang asli, jujur, dan mempunyai tarikan romantik dengan sikap yang yakin. Selena mempunyai semua kualiti-kualiti ini dan Selena juga sangat menyukai Coach dan percaya dengan misi kami membuatkan dia Coach Girl yang sejati.”

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid