5 Gaya Fesyen Elegan Sherry Amin Pilihan GLAM
Sherry Amin

5 Gaya Elegen Sherry Amin Pilihan GLAM

Tanya mana-mana Gen Z, yang terlintas di fikiran mereka apabila memikirkan siapa generasi kini yang memiliki gaya elegen, mereka pasti akan menjawab Sherry Amin!

Sherry Amin, gadis jelita dan terkenal dengan gaya fesyen elegen yang memberi inspirasi keanggunan dan sentiasa kelihatan on point. Aura elegen Sherry Amin bukan sahaja terletak pada penampilannya, malah GLAM gemar melihat intipati gaya hidupnya.

Sering kita dapat lihat sahaja di akaun media sosialnya, pasti ramai generasi anak muda yang turut sama terpegun dengan gaya gadis itu dan menjadikan fesyennya sebagai inspirasi. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan fesyen yang digayakan olehnya ini. Sherry memiliki aura yang sangat unik!

Sherry Amin

5 Gaya Elegen Sherry Amin Pilihan GLAM

Mari kita lihat penampilan fesyen yang digayakan oleh Sherry Amin dengan pemilihan setiap warna dan tona yang menarik. Ini pilihan kami.

1. Tropical Ombre

Sherry Amin menggayakan busana dari BAOBAB, dress panjang yang direka dengan bahan sustainable dan mewah. Fabrik satin licin seperti sutera, siluet yang sempurna ditambah bersama cetakan ombre menjadikannya pilihan yang tepat.

 

2. Iris Splash

Sherry Amin

Sherry Amin tampak jelita menggayakan Angelina dress dari busana Rat & Boa. Dengan siluet cecair yang menyerlah, ia yang direka daripada satin ringan mewah dan dicetak dengan bunga iris bersaiz besar dalam rona ungu menjadikan keseluruhan look Sherry tampil manis romantis.

 

3. Beach Girl

Less is more bersama keanggunan klasik dan timeless. Sherry Amin kelihatan classy dengan menggayakan gaun midi klasik, diserlahkan dengan garis leher kontras trend dan perincian leher V yang mendalam di bahagian belakang bersama slit. 

 

4. Black Beauty

Sherry Amin

It’s time to show off! Dengan menggayakan gaun maxi bertali pada bahu dengan potongan belakang, semuanya diserlahkan dengan berani dan konfiden oleh gadis jelitawan ini. Kesesuaiannya sangat santai tetapi bold, sudah pasti kelihatan yakin dan dalam mood yang mewah.

 

5. Botanical Chic

Penampilan yang menyerlahkan keayuannya dengan menyarung klasik bustier daripada Fondest dan dipadankan bersama helaian skirt. We love her! 

 

Artikel berkaitan: 6 Gaya Tercantik Daiyan Trisha Tahun 2023 Pilihan GLAM