H&M Conscious Exclusive Musim Sejuk 2020, Hasilkan Koleksi Mesra Alam - Glam Malaysia
H&M Conscious Exclusive, Hasilkan Koleksi Mesra Alam

H&M Conscious Exclusive Musim Sejuk 2020, Hasilkan Koleksi Mesra Alam

Industri fesyen semakin berevolusi. Ditambah lagi, dengan banyak jenama-jenama besar fesyen yang ambil peduli terhadap kelestarian alam dengan melancarkan koleksi mesra alam. Atau lebih dikenali sebagai ‘sustainability fashion’. Selaras dengan ini, H&M turut sama berjinak-jinak dengan fesyen lestari sejak beberapa tahun lalu. Dengan menghasilkan rangkaian H&M Conscious Exclusive menerusi kaedah upcyle iaitu menggunakan semula barangan terpakai dan sisa buangan tanpa sebarang proses kimia, sekali gus menegapkan kesejahteraan alam, mengurangkan pengeluaran karbon atau sebarang bentuk pencemaran.

Istimewanya koleksi H&M Conscious Exclusive musim ini ia dibuat dari bahan sumber dari bahan buangan. Kaedah terbaharu ini, dapat mengatasi pembaziran dan ia terinspirasi oleh kreativiti dan amalan penggunaan semula barang terpakai. Koleksi ini tersedia di hm.com sejak 1 Disember 2020.

Koleksi musim luruh/sejuk 20 merangkumi penggunaan fabrik yang telah melalui proses inovatif yang mengubah sisa tanaman makanan menjadi serat semula jadi, kain yang dibuat dari kayu yang diproses kaedah semula jadi. Bahan-bahan tersebut boleh didapati dalam koleksi pakaian wanita superti gaun malam mewah yang dihadirkan dalam warna hitam dan hijau, kuning, juga dihiasi bebunga dusty green. Dalam konstruksi ‘voluminous tops’ dan ‘tailored suiting’. Kelantang dramatik yang memaut, terdapat pada helaian yang memfokuskan ‘ruffles’ pada beberapa bahagian. Mewujudkan rupa dan nuansa yang memikat.

See also
Calvin Klein Memilih Paris Jackson Sebagai Muka Baru Mereka

Aksesori termasuk kalung choker yang tebal dan lantang, anting-anting dan klip kasut diperbuat daripada logam kitar semula dan sepasang termin mata hitam yang direka khas menggunakan material Made of Air, bahan yang sebahagiannya dibuat dari sisa biomas. Kasut-kasut pula dibuat dari VEGEA, yang mana sebahagian darinya merupakan ‘vegan leather’. Cetakan yang meliputi tiap rekaan diilhamkan dari kertas dinding yang terkupas dari masa ke semasa kerana dimakan waktu.

Namun, aspek fesyen tidak disingkirkan. Setiap rekaan yang terkandung, ada ‘red carpet worthy’. Sifat bersahaja yang terdapat dalam seluruh rekaan, malah boleh juga dijadikan look utama sewaktu menghadiri majlis. Padanan bersama aksesori yang ‘bold’ tentunya, mencipta look yang luar biasa. Melalui koleksi ini, H&M mahu mengingatkan masyarakat untuk membeli kualiti berbanding kuantiti.

h&m

Artikel berkaitan: Kot Trench, Ikon Burberry Buat Selamanya