Kempen Fesyen Pertama Model Berhijab Halima Aden
Halima Aden made waves apabila dia menjadi peserta wanita berhijab pertama yang menyertai pertanding Ratu Cantik Miss Minnesota USA dan menjadi hijabi pertama untuk berjalan di atas pentas peragaan utama seperti Yeezy Season 5, Alberta Ferretu, dan Max Mara.
Kini dia telah dipilih untuk membintangi kempen fesyen pertamanya untuk sebuah retailer fesyen sederhana atas talian The Modist buat koleksi kaftan mereka.
Kemunculan Halima di atas pentas peragaan sewaktu Minggu Fesyen New York telah mencetuskan semangat dan harapan yang baru buat semua gadis-gadis berhijab yang ingin menceburi bidang peragaan dan secara tidak langsung membuktikan kepada dunia, gadis berhijab juga mampu melakukan apa sahaja.
Kempen ini juga merupakan promosi buat koleksi terbaru mereka sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menampilkan pereka-pereka seperti Mary Katrantzou, Adam Lippes, Osman, For Restless Sleepers dan ramai lagi.
Saksikan imej-imej ibarat fantasi daripada kempen ini di bawah:
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

