Keberanian, Kekuatan Dan Daya Cemerlang Adalah Inti Pati Penting Dalam Terlahirnya Koleksi Beg Baru Yang Bernama Virtus Oleh Versace Ini.
Gambar : Versace
Estetik versace yang super glamor disemat pada permukaan beg dengan menggunakan huruf v dalam corak barocca menggunakan material emas menyuntik selera wanita elegan.Bermain dengan sifat mulia dewa dewi Roman yang lama, Donatella Versace mempersembahkan beg baru yang bersama Virtus. Ia adalah satu perisai baru Versace yang mengangkat sifat kedewaan yang menghiasi syiling, baju perisai serta mozek namun bukanlah hadir dengan rasa kosong. Virtus ini menguatkan lagi definisi wanita alaf baru yang dijulang oleh mendiang Gianni Versace. Setiap wanita perlulah bijak mengawal hidup masing-masing dengan penuh hormat serta kesedaran yang tinggi.

Beg Virtus ini diperkaya dengan tiga DNA utama yakni yang pertama adalah kekuatan. Wanita Virtus adalah mereka yang bercita-cita tinggi dan menggapainya dengan penuh rasa sabar dan bertimbang rasa. Tidak gopoh dalam hidup kerana mereka tahu setiapnya hadir bukan mudah. Cetusan idea kedua untuk mereka beg Virtus oleh Versace pula adalah keberanian yang mengangkat tinggi karakter dewa dewi Roman. Donatella Versace sendiri percaya yang fesyen mungkin tidak mampu mengubah dunia namun ia mampu menyalakan semangat kuasa wanita untuk lebih kuat dan yakin diri. Akhir sekali, wanita yang mengendong beg Virtus ini punya karakter yang terbuka dan sentiasa mahukan ilmu baru.

https://www.instagram.com/p/B2Ef48GlOhV/?utm_source=ig_web_copy_link
Hadirnya beg Virtus yang bagaikan satu perisai fesyen baru buat wanita glamor! Beg ini diindahkan dengan huruf V yang direka menggunakan estetik indah Versace. Huruf V itu menggunakan elemen Barocco dan pernah pertama kali digunakan pada himpunan musim bunga 1992. Lambang huruf V yang indah dengan perincian dedaun akantus diperbuat menggunakan emas kuning menambah nilai mahalnya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Jul 03, 2026
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jul 03, 2026
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Jul 03, 2026
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Jul 03, 2026
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Jul 02, 2026
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Jul 02, 2026
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Jul 02, 2026

