fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Salvatore Ferragamo Spring 2016
Manifesto Stella McCartney Kukuhkan Lagi Jenamanya
5 Stail Selebriti ‘TO LOOK FORWARD’ in 2024
Paradoks Alam Semulajadi dan Seni Menjadi Satu Melalui Dior a Versailles, Côté Jardins
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan

Jenama Fesyen Yang Menderma Buat Turki Dan Syria

Jenama-jenama fesyen antara yang memberi bantuan kepada Turki dan Syria selepas gempa bumi yang terkuat pernah dicatatkan.

6 Febuari 2023 merupakan hari yang menyayat hari buat penduduk bumi Turki dan Syria Utara. Gempa bumi terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara Turki dan Syria telah mendapat perhatian dunia. Ekoran daripada peristiwa dasyat itu, angka yang melebihi 20,000 kematian dilaporkan di Turki, dan 4,000 kematian di Syria setakat 10 Febuari 2023.

Banyak organisasi dari seluruh dunia, berusaha membantu dengan menderma wang dan memberi sokongan buat krisis yang dialami di Turki dan Syria. Industri fesyen tidak terkecuali dalam penglibatan membantu mereka dengan sokongan dan bekalan kewangan.

Ini Senarai Jenama Fesyen Yang Telah Komited Untuk Membantu

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

3) Inditex

Syarikat induk Zara, Pull&Bear, Bershka dan beberapa jenama lain iaitu Inditex, telah menderma sejumlah wang sebanyak 3 juta dolar kepada organisasi Bulan Sabit Merah Turki dan sebanyak 500,000 item pakaian musim sejuk. Syarikat itu berkata, “Sokongan daripada kami akan digunakan untuk menampung keperluan asas. Kami kekal tersedia untuk organisasi utama yang bekerja di kawasan itu, jika terdapat permintaan pada masa akan datang”.

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse