GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016 - Glam Malaysia

GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016

Kempen Musim Luruh 2016 Gucci.

Kempen Musim Luruh 2016 Gucci.

 

2017 bakal menemui kita beberapa hari lagi dan dunia fesyen yang tidak tahu erti rehat juga terus dihiasi dengan kempen-kempen yang menarik untuk tahun 2017 oleh jenama-jenama besar seperti Chanel, Alexander Wang, Gucci, Dior, Givenchy dan lain-lain.

 

Apa yang boleh dilihat melalui kempen-kempen yang dikeluarkan pada tahun ini adalah bilangan yang besar. Jenama-jenama ini tidak segan silu untuk mengumpulkan model-model dan selebriti-selebriti dalam bilangan yang besar untuk membintangi kempen mereka sepanjang tahun.

 

Seperti mana yang dapat dilihat dalam kempen Alexander Wang dimana dia mengumpulkan #WangSquad untuk kempen musim bunga mereka yang berlatarkan Manhattan dan Brooklyn. Gucci pula mengumpulkan gang-gang model mereka untuk bertempiaran di sekeliling Berlin untuk musim bunga dan di Tokyo untuk musim luruh pula.

 

Prada yang dikenali dengan memperkenalkan muka-muka baru untuk kempennya setiap musim  juga menggunakan 27 orang model-model untuk kempen musim luruh mereka.  Balmain juga tidak kurang hebatnya dengan angkatan model tahun 90-annya untuk kempen musim bunga mereka.

See also
Ketua Editor Vogue Italia Franca Sozzani Tiada Lagi

 

Selain itu, jenama seperti Chanel dan Celine pula mengambil pendekatan yang lebih berseni untuk kempen mereka. Manakala Louis Vuitton pula menggunakan watak dari game popular ‘Final Fantasy’ untuk membintangi kempen  musim bunga mereka dan mereka juga membenarkan Jaden Smith untuk memakai skirt.

 

Klik pada gambar untuk saiz lebih besar.

 

[envira-gallery id=”59792″]