Glam Beach Vibes Michael Kors Nada Utama Koleksi Resort 2019
Menggunakan memori indah sewaktu kecil yang diluangkan di Catalina Beach Club di Atlantic Beach, New York, Michael Kors memberikan nafas notsalgia kepada koleksi Resort 2019 menggunakan elemen-elemen yang lazim dengan rekaan Michael Kors sejak 1981.
[envira-gallery id="81414"]
Sentuhan kemewahan kepada stail pantai, Michael Kors menggunakan motif berani dan rona warna yang menzahirkan jiwa glamleisure melalui koleksi ini. Fabrik broked dan les digabungkan dengan sulaman telus, gaya sporty, dan perincian edgy.
[envira-gallery id="81413"]
Elemen romantik juga diselitkan dengan corak flora yang menarik perhatian, siluet feminin dengan dress beralun memberikan sentuhan magis Kors kepada koleksi unik ini. Ceraian kot matelassé statement dengan sulaman flora 3D, jaket bomber plongé, dan jersi cashmere pullover menampilkan kreativiti asli Michael Kors yang dikenali ramai.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2
Apr 30, 2026
5 Salon Blow Dry Terbaik Di KL & Selangor Pilihan GLAM
Apr 30, 2026
8 Wangian Tahan Lama Pilihan Bakal Pengantin
Apr 30, 2026
Trend ‘Claw Clip’ Lazy Hair Kini Kembali
Apr 30, 2026
Destinasi Syurga Botanika Aigner SS26
Apr 30, 2026
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Apr 30, 2026
Taylor Swift Dan Travis Kelce Bakal Berkahwin Julai Ini!
Apr 30, 2026

