Tampil Bersinar Dengan Kemilau Eksklusif Dari Diamond & Platinum
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDaripada kilauan halus hingga ke rona berani, koleksi musim panas Diamond & Platinum menyinari dengan tampilan deretan kemilau yang eksklusif.
Seringkali dipandang sebagai pelengkap kepada berlian, batu permata berwarna pastinya menyimpan pesona yang tersendiri, apa lagi jika diadun dalam semburan rona cerah. Ia menyerap semangat musim panas melalui rekaan geometri dan kombinasi warna klasik yang diberi nafas moden. Himpunan koleksi terbaharu dari Diamond & Platinum kali ini membawa sentuhan yang nyata berani dan kontemporari, lantas menawarkan solusi keanggunan abadi untuk gaya yang segar sepanjang musim.

Terokai Koleksi Terkini Barang Kemas Dari Diamond & Platinum Yang Nyata Memukau.
Minimal Namun Memikat

Untuk penampilan yang anggun dan memukau, Anting-anting Berlian dari Diamond & Platinum tampil sebagai lambang glamor yang abadi. Diperbuat daripada emas putih 18K dan dihiasi berlian asli berbentuk bulat, rekaan ini menangkap cahaya dari setiap sudut, lantas memberikan sinaran kemilau halus yang mampu mencuri tumpuan. Sama ada digayakan di acara istimewa atau sebagai perhiasan mewah harian, anting-anting mewah ini mengungkap keanggunan minimal yang pastinya tidak lapuk dek zaman.
Simfoni Warna Di Jari-Jemari

Bukan hanya sekadar pelengkap gaya, cincin mampu meraikan momen berharga dan cukup sentimental sebagai lambang cahaya, kehidupan serta hubungan yang abadi. Musim ini, Diamond & Platinum menghadirkan Cincin Berlian Semulajadi dan Nilam Fancy-Colour dengan tampilan reka bentuk yang pelbagai. Ia menampilkan potongan nilam kaleidoskop berkilau yang diilhami tarian cakerawala matahari yang berjalin, setiap rekaan menyerlahkan kehangatan warna yang bersinar dari siang ke malam.
Rantaian Pesona Kaleidoskop

Meriah dan mempesona, Gelang Berlian Nilam Fancy-Colour ini menyuntik semangat ceria musim panas dengan palet batu permata beraneka rona, tersusun seperti mozek yang mencerminkan kaleidoskop warna dalam gerakan. Boleh digayakan secara bertindih untuk mencipta penampilan tersendiri, gandingan gaya dengan Gelang Berlian Fancy-Cut berona emas putih 18K dengan perincian berlian ternyata mampu memberi pesona vintaj kontemporari buat penata gaya wanita musim kini.
Kemewahan Gaya Eksentrik

Menggabungkan pesona klasik dengan sentuhan moden yang berani, Gelang Berlian Enamel berona emas putih 10K dengan butiran rona biru kobalt menjadi pernyataan gaya yang eksentrik. Turut dihiasi dengan berlian halus yang nyata menawarkan keseimbangan antara esen keanggunan dan kontemporari, ia cukup sesuai buat si penggemar minimalis mahupun si maksimalis dalam memberi keterserlahan di dalam setiap pergerakan dan ekspresi diri. Tuntasnya, kesemua himpunan barang kemas dari Diamond & Platinum bukan sekadar koleksi semata-mata, namun menjadi penata gaya musim panas yang nyata memukau untuk dipadukan dan boleh diterokai sama ada secara atas talian atau secara eksklusif di butik Diamond & Platinum.
Artikel Berkaitan: Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
