Persoalan Dior: Why Have There Been No Great Women Artists?
Antara pertunjukan yang dinanti-nantikan untuk Paris Fashion Week yang baru sahaja membuka tirai mereka semalam adalah pertunjukan koleksi S/S 2018 Dior dengan sentuhan kreatif Maria Grazia Chiuri dan juga musenya untuk koleksi ini: artis wanita Perancis-Amerika Niki de Saint Phalle.

Foto Adrien Dirand untuk Dior
Dengan setiap elemen gadis Dior diterapkan dalam diri dan personaliti de Saint Phalle, Chiuri juga menggunakan peluang ini untuk membuat satu kenyataan feminist yang penting terutamanya dalam industri fesyen: Why have there not been great women artists?

Satu soalan yang diajukan oleh penyajak Linda Nochlin pada tahun 1971 dan juga merupakan salah satu pencetus Chiuri untuk koleksi ini yang boleh dilihat melalui statement t-shirts Dior musim ini.
Dior merasakan ia amat penting bagi masyarakat dunia untuk mengetahui sejarah ini dan mengangkat perjuangan wanita-wanita dahulu kala yang berusaha untuk membebaskan diri mereka daripada belengu patriarki yang memerlukan mereka untuk memendam pendapat dan juga bakat mereka hanya kerana jantina mereka. Terutamanya dalam sejarah seni dan juga fesyen.

Foto Nicole Maria Winkler untuk Dior
Chiuri menggunakan hasil ukiran de Saint Phalle yang senantiasa melambangkan identiti wanita yang berani dan bersemangat itu ke dalam setiap ceraian koleksi musim bunga ini. Gabungan fabrik les, sutera, kulit, dan plastik jelas ternyata dan menghembuskan nafas segar ke dalam koleksi ini.
Dior S/S 18 oleh Maria Grazia Chiuri:
Pilihan Bacaan Seterusnya
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026
FENDI Raikan Seni Buatan Tangan & Keunikan Gaya Artis Global
Jun 19, 2026
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026




