Tory Burch Musim Bunga New York Fashion Week 2023
Tory Burch musim bunga 2023 menyandingkan palet warna kombinasi neutral dan pastel juga mencemerlangkan metalik. Mencitrakan gaya wanita New York di awal era ‘90-an.

#NYFW- Tory Burch Musim Bunga 2023-Ekspresi Gaya Bebas Gadis New York ’90-an

KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 TORY BURCH MENYANDINGKAN PALET WARNA KOMBINASI NEUTRAL DAN PASTEL JUGA MENCEMERLANGKAN METALIK. CORAK PENUH WARNA DENGAN MOTIF MENAWAN UNTUK MUSIM SEMI YANG PENUH RASA BAHAGIA. 

Tory Burch menyatakan koleksi musim bunga 2023 adalah bersifat peribadi dan intuitif, gambaran kenangannya dalam era ‘90-an sewaktu berpindah ke New York. Dia mahu melihat identiti rekaannya melalui perspektif segar, mencerminkan himpunan yang dirasakan moden sekarang. 

Garis bersih dan palet lembut merupakan tunggak gaya dengan fokus baharu pada bahan dan potongan siluet. Inovasi fabrik mewah yang direka bentuk untuk pergerakan mengikut tubuh-kait halus, satin, jersi ringan. Penerokaan bentuk dalam balutan siluet, bahagian sporty dan kontra jahitan pada lapisan lut sinar. Semuanya diringankan dengan sentuhan unik, deretan beg tangan dalam rona asid yang bertenaga, dan kasut dengan cincin kaki  trompe l’oeil dan tumit ‘terbalik’. 

Fokus musim ini adalah pada potongan siluet. Seleksi ‘look’ menampilkan jersi bandeaux yang diikat pada pinggang sebagai ilusi gaya yang bersahaja, manakala helain lain membaluti secara subtle pada tubuh. Daripada skirt satin midi kepada pakaian sutera India yang mewah. Di samping itu, jahitan adalah perkara utama yang diambil kira. Tunik basque yang dibentuk, blazer bulu Itali yang ‘tajam’ dan kot potongan boxy dalam material kulit-memberi pernyataan gaya yang kuat. 

See also
Ibu Berstatus Supermodel Dan Anak Ikut Jejak Langkah

Koleksi bermula dengan bahan yang kaya, seperti lut sinar dan tegas, reflektif dan matter, mewah dan kasual. Sutera India yang indah, bulu Itali, lamé, renda dan banyak lagi dengan kemeja T kapas, denim dan viscose sporty. Pilihan fabrik ternyata membentuk siluet, dan kebanyakkan yang disuntik dengan regangan untuk menyamankan pergerakan. 

Menyentuh perihal aksesori pula, pilihan kasut musim ini adalah ‘tajam’, geometri dan kebanyakkannya rata, membayangkan semula rupa kasut untuk kegunaan harian. Tapak berukuran kaki segi empat sama, beg silang yang digandakan dengan logo Double T. Dengan kemasan halus. 

Beg tangan baharu termasuk beg doktor yang diilhamkan tahun ‘90-an, stail baharu Tory Burch pada rekaan beg kerja dengan bahagian dalam yang luas dan konstruksi ultra ringan.

Juga yang baharu-beg bahu ukuran segi empat sama dengan logo Double T perak yang dipotong dan bahagian dalam yang diinspirasikan oleh bentuk sampul surat. 

Artikel berkaitan: Seperti Terbuai Mimpi Wangian Baharu Tory Burch