Carey Mulligan, Aktres Yang Kian Hebat Selera Fesyennya - Glam Malaysia
Carey Mulligan, Aktres Yang Kian Hebat Selera Fesyennya

Carey Mulligan, Aktres Yang Kian Hebat Selera Fesyennya

Nama Carey Mulligan seakan sepi kebelakangan ini. Namun, dia kembali menjadi sebutan selepas filem terbaharunya, “The Dig” ditayangkan di Netflix bermula sejak minggu lepas. Lakonannya yang cemerlang dalam “The Dig” meraih pujian. Dan diramalkan bakal menerima nominasi Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes Award, mungkin juga The Academy Awards. Carey Mulligan bukan sekadar pelakon A-list, dia juga jaguh fesyen era baharu. Sejak menyinari filem-filem hebat (sekadar menyebut The Great Gatsby, Shame, An Education), Carey mula mencuri tumpuan sewaktu menghadiri majlis-majlis filem antarabangsa. Gaya karpet merah Carey kian menjadi tumpuan sejak daripada itu.

Lebih sepuluh tahun menempa nama sebagai pelakon, sudah pelbagai fesyen yang dipamerkan Carey. Antara yang dikira ikonik ialah busana Prada yang digayakan Carey sewaktu penganjuran MET Gala 2012. Busananya itu, direka persis sisik ikan berwarna emas, namun menonjolkan elemen futuristik, yang mana menepati tema MET Gala pada ketika itu. Seterusnya, banyak fesyen karpet merah lain yang mencetus bualan dan fenomena tersendiri.

See also
Peragawati Kembar di Minggu Fesyen

Carey seringnya memilih busana-busana ilham label fesyen mewah. Dior, Balenciaga, Chanel, Louis Vuitton, Nina Ricci, Lanvin antara yang menjadi pilihan utamanya. Terkadang, Carey memilih rekaan yang lebih ‘rare’ seperti Victoria Beckham dan Roland Mouret untuk melengkapi penggayaannya. Bukan sahaja fesyen baju, citra cantik dan gaya rambut Carey turut menjadi rujukan. Rambut perang yang dipotong pendek pixie merupakan ‘look’ paling ikonik, lalu membentuk signature look Carey yang diingati sampai sekarang.

Pabila bermulanya musim anugerah, Carey adalah pelakon yang paling dinantikan kemunculannya. Tiap kali muncul di atas karpet merah, gaya Carey pasti bikin teruja. Gaya karpet merah Carey disesuaikan buat kesemua wanita. Pelbagai identiti wanita boleh merujuk gayanya. Golongan wanita berhijab yang amalkan stail ‘modest’ juga boleh menjadikan beberapa gaya Carey sebagai inspirasi. Pernah di beberapa majlis penting, misalnya di Tony Awards 2018, stail Carey dianggap ‘modesty’, yang mana rekaan Giambattista Valli yang digayakannya menutup semua bahagian tubuh. Rambutnya dibiar gaya bob, menunjukkan padanan gaya rambut yang sangat chic dan kontemporari. Ternyata, gaya-gaya hebat Carey sewajarnya dijadikan rujukan buat semua para wanita di dunia. Terutamanya, buat selebriti-selebriti Malaysia.

See also
Lima Item Fesyen Yang 'GLAM-APPROVED'

Artikel berkaitan: Bintang “Bling Empire”, Kelly Mi Li Simbol Wanita Alfa