fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Beg Raffia LOEWE, Summer Trend 2023
Gaya Selebriti Yang Mendominasi Momen Karpet Merah Oscar 2025
Fenomena Supernova Dalam Bentuk BR S Novarosa
4 Stail Mom To be Hailey Bieber Pilihan GLAM
Lengkapi Gaya Dengan Koleksi Kasut Raya Baru
Home > Fesyen > Balenciaga Boost Pop-Up Meraikan Pelancaran TechWear Di Bangkok

Balenciaga Boost Pop-Up Meraikan Pelancaran TechWear Di Bangkok

Balenciaga menghadirkan pop-up imersif di Bangkok bersempena TechWear, sebuah koleksi yang menggabungkan inovasi teknikal, keselesaan dan gaya hidup yang berteraskan wellness.

Balenciaga terus mengembangkan definisi fesyen mewah menerusi pelancaran TechWear, sebuah koleksi yang diperkenalkan dalam himpunan Musim Luruh 2026, Body & Being. Dibawah Pengarah Kreatif, Pierpaolo Piccioli, koleksi TechWear ini menjadi refleksi kepada gaya hidup moden yang semakin mengutamakan kesejahteraan diri tanpa mengabaikan nilai estetika. Koleksi ini memperlihatkan bagaimana inovasi teknologi, ketukangan mewah dan keselesaan boleh bersatu dalam satu naratif yang meraikan tubuh serta pergerakan harian.

Gaya Hidup Aktif Menjadi Sebahagian Daripada Identiti Mewah Balenciaga

Bersempena pelancarannya, Balenciaga menganjurkan siri aktivasi global yang menampilkan pengalaman berinspirasikan wellness di beberapa bandar utama termasuk Paris, Beijing, Shanghai dan Bangkok. Mengambil tempat di Ari Bangkok, Balenciaga Boost Pop-Up berlangsung dari 25 Julai hingga 2 Ogos ini menerusi ruang imersif yang diinspirasikan daripada suasana gimnasium moden. Selain mempamerkan koleksi TechWear bersama aksesori termasuk kettlebell dan tali skipping, pengunjung turut disajikan pilihan smoothie, jus segar serta protein bar eksklusif yang dihasilkan khusus untuk pengalaman ini. Setiap minuman dan snek membawa identiti visual Balenciaga Bodies, simbol grafik yang menggambarkan pergerakan tanpa henti dan semangat tanpa batas.

Dari sudut rekaan, TechWear memperlihatkan bagaimana inovasi material menjadi elemen utama dalam pembentukan koleksi. Fabrik berteknologi tinggi menawarkan ciri seperti pengudaraan optimum, antibakteria, cepat kering, perlindungan UV serta keupayaan menyerap kelembapan, yang mana menjadikan setiap helaian sesuai dipakai sepanjang hari. Perincian seperti jahitan ultrasonik tanpa garisan konvensional, zip kalis air dan elemen reflektif pula menyerlahkan pendekatan Balenciaga terhadap fungsi yang mengekalkan nilai reka bentuk. Ia merupakan koleksi yang bukan sahaja praktikal untuk gaya hidup aktif, malah masih mengekalkan karakter mewah yang sinonim dengan rumah fesyen ini.

Komitmen Balenciaga terhadap budaya wellness turut diperluaskan menerusi kerjasama bersama Barry’s, rangkaian studio kecergasan butik yang terkenal di seluruh dunia. Studio terpilih di Los Angeles, New York, London, Paris, Milan, Dubai, Singapura dan Sydney menampilkan pengalaman khas dengan kelas eksklusif, senarai muzik kurasi Balenciaga, dekorasi bertemakan TechWear serta smoothie istimewa hasil kolaborasi kedua-dua jenama. Inisiatif ini membuktikan bahawa Balenciaga tidak hanya membawa trend semata-mata, tetapi membentuk masa depan fesyen dengan inovasi dan ekspresi gaya hidup aktif yang bergerak seiring.

Artikel berkaitan: Koleksi Balenciaga Fall 25 Menyingkap Sisi Estetika Fesyen Yang Berani