fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Editor’s Pick: 4 Item Huawei Mesti Miliki
Anak Dedah Konflik Keluarga, Kenali Siapa Menantu Victoria Beckham
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Tempahan Awal Peranti Samsung Dibuka Sehingga 21 September Ini!
New Look New Shook!
Home > Gaya Hidup > Jenama Mewah Yang Mendominasi Dunia Formula 1

Jenama Mewah Yang Mendominasi Dunia Formula 1

Dari jam tangan mewah hinggalah jenama fesyen tersohor, Formula 1 kini menjadi pentas eksklusif yang mempertemukan kelajuan, inovasi dan dunia kemewahan. Ketahui jenama-jenama yang bukan sahaja menghiasi paddock, malah membentuk identiti sukan permotoran paling berprestij di dunia.

Formula 1 bukan lagi sekadar perlumbaan yang menguji kepantasan jentera dan kemahiran pelumba. Di sebalik setiap Grand Prix, terdapat jenama-jenama mewah yang menjadikan sukan ini sebagai simbol prestij dan gaya hidup global. Daripada timekeeper sehinggalah rekaan trofi ikonik dan kerjasama bersama pasukan perlumbaan, jenama-jenama ini membuktikan bahawa dunia Formula 1 dan kemewahan sememangnya saling berkait rapat.

TAG Heuer

Formula 1 dan TAG Heuer sememangnya sukar dipisahkan daripada sejarah sukan ini. Hubungan jenama horologi mewah dari Switzerland ini bermula sejak tahun 1969 apabila ia menaja pelumba Formula 1, Jo Siffert. Pada tahun 1971, TAG Heuer mencipta sejarah sebagai jenama jam tangan pertama yang menaja pasukan Formula 1 menerusi kerjasama dengan Scuderia Ferrari.

Kerjasama itu kemudiannya berkembang apabila TAG Heuer bergabung dengan McLaren pada tahun 1986, sekali gus memperkenalkan koleksi ikonik TAG Heuer Formula 1 yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan. Selepas lebih tiga dekad menjadi timekeeper rasmi Formula 1 dari 1992 hingga 2003, TAG Heuer kembali memegang peranan sebagai Official Timekeeper Formula 1 bermula musim 2025 menerusi kerjasama global antara Formula 1 dan LVMH.

LVMH

Pada Februari 2025 LVMH secara rasmi menjadi penaja utama Formula 1 menggantikan Rolex dengan Tahun 2025 menyaksikan satu era baharu apabila LVMH diumumkan sebagai rakan kongsi global Formula 1 menerusi perjanjian jangka panjang bernilai berbilion dolar.

Kerjasama ini menyatukan beberapa jenama ikonik di bawah naungan LVMH seperti Louis Vuitton, TAG Heuer dan Moët Hennessy, sekali gus menggantikan penajaan Rolex sebagai rakan kongsi utama Formula 1. Langkah ini membuktikan bagaimana sukan permotoran kini menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran industri mewah di peringkat global.

Louis Vuitton

Sebagai sebahagian daripada kerjasama LVMH bersama Formula 1, Louis Vuitton memainkan peranan penting menerusi rekaan Trophy Trunk eksklusif yang mengiringi trofi kemenangan di beberapa Grand Prix terpilih.

Untuk musim 2026, Louis Vuitton terus memperkukuhkan kehadirannya dengan menghasilkan bekas trofi khas bagi beberapa perlumbaan berprestij, termasuk Monaco Grand Prix. Rekaan ikonik ini bukan sahaja melambangkan kemewahan, malah meraikan tradisi kemenangan dalam dunia Formula 1.

Gucci

Satu lagi jenama fesyen mewah yang semakin mengorak langkah ke dunia Formula 1 ialah Gucci. Pada Mei 2026, Gucci mengumumkan kerjasama rasmi bersama Alpine F1 Team yang akan bermula pada musim Formula 1 2027. Kerjasama ini bakal menyaksikan Gucci menjadi rakan kongsi fesyen rasmi pasukan tersebut, selain memperkenalkan identiti visual baharu yang menggabungkan elemen prestasi dan kemewahan Itali.

Artikel berkaitan: Mengapa Sepang Dianggap Antara Litar Formula 1 Terbaik Di Dunia?