fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Bakuchiol vs Retinol: Siapa Sebenarnya Raja Anti-Penuaan Baharu?
10 Amalan Cantik Cindy Crawford, Rahsia Awet Muda Di Usia Separuh Abad
10 Trend Kuku 2025 Pilihan GLAM
5 Syampu Clarifying Terbaik Untuk Kulit Kepala Yang Bersih
Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life
Home > Cantik > Exagger-Eyes Easy Eyeshadow Sticks, Solekan Mata Dalam 30 Saat

Exagger-Eyes Easy Eyeshadow Sticks, Solekan Mata Dalam 30 Saat

Charlotte Tilbury memperkenalkan Exagger-Eyes Easy Eyeshadow Sticks, inovasi terbaharu yang menggabungkan 30 tahun kepakaran solekan profesional ke dalam pembayang mata berbentuk stik.

Selama lebih tiga dekad, Charlotte Tilbury dikenali sebagai antara jurusolek yang bertanggungjawab mencipta pelbagai penampilan ikonik di pentas peragaan, sesi fotografi dan karpet merah. Melalui Exagger-Eyes Easy Eyeshadow Sticks, kepakaran tersebut kini diterjemahkan ke dalam produk yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, sama ada untuk solekan harian mahupun penampilan yang lebih dramatik.

Direka dengan konsep “30 Years of Artistry in 30 Seconds”, koleksi ini membuktikan bahawa solekan mata yang kemas tidak semestinya memerlukan palet yang besar atau teknik yang rumit.

Ilusi Mata Lebih Besar Dengan Permainan Cahaya dan Bayang

Keistimewaan Exagger-Eyes Easy Eyeshadow Sticks terletak pada cara ia menggunakan teknik permainan cahaya dan bayang yang selama ini menjadi signatur Charlotte Tilbury.

Setiap rona dipilih untuk membantu membentuk dimensi pada mata, menyerlahkan kawasan tertentu dan menghasilkan ilusi mata yang kelihatan lebih besar, lebih segar dan lebih terbuka. Ia juga mudah dibaur menggunakan hujung jari atau berus, menjadikannya sesuai digunakan walaupun oleh mereka yang baru berjinak dengan solekan.

Formula Yang Mudah Disapu dan Tahan Lama

Selain memudahkan aplikasi, formulanya turut dibangunkan untuk memberikan prestasi yang tahan lama. Diperkaya dengan Self Priming Pigments dan Colour Boosting Technology, teksturnya meluncur lembut pada kelopak mata sebelum mengunci warna agar kekal sekata sepanjang hari.

Formula ini turut menawarkan ketahanan sehingga 24 jam, selain bersifat crease proof, waterproof, fade proof dan transfer proof. Malah, ia juga boleh digunakan pada waterline tanpa meninggalkan rasa kering atau tidak selesa.

12 Rona Untuk Pelbagai Gaya Solekan

Koleksi ini menampilkan 12 rona yang dibahagikan kepada dua kemasan berbeza.

Enam rona Matte Blur membantu memberikan definisi dan kedalaman pada mata, manakala enam rona Satin Glow pula berfungsi menyerlahkan titik cahaya untuk menghasilkan penampilan yang lebih segar dan bercahaya.

Diinspirasikan daripada rona semula jadi seperti champagne, taupe, coklat, gangsa dan emas, setiap warna direka agar sesuai dengan pelbagai tona kulit, warna mata dan peringkat usia. Ia boleh dipakai secara bersendirian atau dipadankan mengikut kreativiti masing masing.

Konsepnya penggunaannya cukup ringkas. Sapukan pada kelopak mata, baurkan menggunakan jari atau berus, kemudian lengkapkan penampilan dengan maskara. Dalam masa yang singkat, solekan mata kelihatan lebih berdimensi tanpa memerlukan beberapa produk yang berbeza.

Artikel berkaitan: Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series