Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz - Glam Malaysia
Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz

Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

SATU LAGI SEJARAH DICATAT OLEH GIORGIO ARMANI. MENGADAKAN PEMENTASAN KOLEKSI GIORGIO ARMANI NEVE DI DESTINASI IKONIK STADIUM OLYMPIA DI ST. MORITZ. STAIL MUSIM SEJUK BERTAMBAH MEWAH DENGAN TAMPILAN KOLEKSI TERKINI GIORGIO ARMANI NEVE.

Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz

Himpunan musim sejuk 2023 Giorgio Armani Neve telah dipersembahkan di St. Moritz beberapa hari lepas dengan pertunjukan yang diadakan di ruang hadapan Stadium Olympia, lokasi bersejarah, yang mana dua edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk (1928 dan 1948) pernah diadakan. Ia terletak hanya beberapa minit dari bandar.

Reka bentuk yang tersendiri adalah sangat sepadan dengan identiti jenama, menjadikan ruang itu sebagai pementasan fesyen dan cemerlangkan lagi dengan pemandangan sekeliling. Dikukuhkan juga dengan tempat duduk kayu dan binaan panel cermin dengan butiran logam dalam balutan emas muda. 

Untuk majlis itu, butik di Via Serlas 22, yang mana koleksi Neve boleh didapati-mempersembahkan dekorasi istimewa dengan konsep struktur kembara, bercirikan elemen bercermin menegak untuk memberi refleksi kawasan persekitaran dan panorama sekeliling yang menakjubkan. 

See also
Retorik: Mencari Cinta Sejati

Giorgio Armani Neve merangkumi pilihan pakaian dan aksesori yang didedikasikan momen dan aktiviti di pergunungan. Dengan tumpuan pada helaian luar dan bersifat sukan sambil mencerminkan gaya dan keanggunan jenama dengan jejak warisan yang kukuh. Koleksi itu, yang dilancarkan sejak tahun 90-an, dicirikan oleh rujukan kepada reka bentuk utama tahun-tahun itu, menawarkan koleksi bernuansa elegan, mutu rekaan yang cemerlang dan material berkualiti. 

Berikut antara rekaan Giorgio Armani Neve musim sejuk 2023 pilihan GLAM;

  1. JAKET & SKAF MULTIRONA