Alvy Joanna, bintang yang semakin bersinar dalam industri hiburan Malaysia, bukan sahaja dikenali melalui lakonannya yang cukup berbakat, tetapi juga kerana gaya fesyennya yang berani dan ekspresif. Sebagai wajah pilihan GLAM untuk edisi April 2025, Alvy mempamerkan enam gaya yang mencerminkan personalitinya yang dinamik dan berani bereksperimen. Berikut adalah enam gaya pilihan GLAM yang menonjolkan keunikan Alvy Joanna:
# 1 Gaya Ratu Grudge

Dalam gaya ini, Alvy menghidupkan aura edgy yang cukup kuat dengan jaket kulit oversized dipadankan dengan beg tangan hijau emerald sebagai statement piece. Gaya ini menonjolkan sisi rebel yang sofistikated, sesuai untuk malam santai di bandar atau konsert indie kegemaran.
#2 Gaya Percutian Santai

Gaya kedua membawa kita ke sisi laid-back Alvy Joanna seperti padanan cropped tee putih, seluar paras lutut dan aksesori bertatah pearl mencipta look “effortless cool” yang penuh gaya untuk travel atau eksplorasi bandar. Kasut platform Adidas menjadi pelengkap sempurna, menyerlahkan mood street style dengan sentuhan playful.
#3 Pesona Klasik Elegan

Little black dress sentiasa klasik, tetapi Alvy menaikkan taraf gaya ini dengan memilih siluet ruched bodycon dan neckline off-shoulder. Makeup yang minimal namun glam menjadikan look ini sangat sesuai untuk red carpet atau acara formal. Satu gaya yang memancarkan keyakinan tanpa perlu banyak bicara.
#4 Aura Gadis Musim Panas Alvy Joanna

Gaya keempat ini mencerminkan sisi ceria dan feminin Alvy Joanna. Mini dress rona biru lembut yang dipadankan dengan kardigan pastel serta beg tangan ungu, disempurnakan dengan sneakers dan stoking putih. Gaya ini menyerlahkan mood “sweet but cool” yang sesuai untuk percutian musim panas atau brunch santai di kota.
#5 Karakter Gadis Kota

Bila malam menjelma, Alvy Joanna tidak pernah gagal mencuri perhatian. Mini dress bercorak animal print digayakan bersama kot trench oversize rona coklat adalah satu padanan yang bold tetapi tetap urban chic. Beg tangan structured menjadi pelengkap, menyerlahkan estetika ‘city girl’ dengan cita rasa fesyen tinggi.
#6 Sentuhan Aksesori Berani Alvy Joanna

Gaya terakhir Alvy Joanna ini memancarkan vibe cozy streetwear. Jaket berbulu hitam disuai padan dengan beg silang rona merah marun. Sentuhan playful t-shirt bercetak di sebalik jaket mengimbangi gaya musim sejuk dengan mood muda dan ceria. Padanan aksesori kepala berbulu yang ikonik menjadikan look ini standout walau di tengah kota yang sibuk.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Gaya Fesyen Sabrina Sabronzo Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
