Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSebuah filem baru arahan pencalon Oscar, Daniel Lee menerima sentuhan Miuccia Prada. Filem yang bertajuk THE UNITED STATES vs. BILLIE HOLIDAY ini memaparkan kisah penyanyi soul Billie Holiday. Ia diambil inspirasi daripada buku nukilan Chasing The Scream: The First and Last Days of the Wat on Drugs. Watak Utama dilakonkan oleh Andra Day. Tapi yang mencuri tumpuan adalah kerjasama filem ini dengan Miuccia Prada melalui rekaan busana buat Holiday. Prada sempat menyiapkan sembilan busana sutera satin dengan mengabadikan gaya klasik Billie Holiday dalam citra kontemporari.

Pasukan atelier di Prada mahu mengembalikan memori glamor 1940 dan 1950 pada gaya Holiday. Maka mereka mengkaji siluet klasik itu yang sudah menjadi DNA di Prada. Banyak rekaan diambil melalui arkib Prada dan digubah lebih kontemporari. Gaun petang rekaan Prada buat filem ini ditambah dengan perincian seperti bulu burung dan jemeki indah. Ada juga gaun sutera satin putih yang ditambah dengan kristal meberi impak mewah pada lakon layar. Filem ini yang ditulis oleh Suzan-Lori Parks adalah wanita Afrika-Amerika yang pertama menerima anugerah Pulitzer Prize buat Drama. Ia bakal dipertontonkan melalui Hulu Original Film du Amerika Syarikat pada 26 Februari 2021.



Pautan Berkenaan: Zoe Kravitz, Lambang “21st Century Fashion Girl”
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
